PunchUS man freed after 41 years on death row as DNA clears himCNN TürkYeni yasama yılı yarın başlıyorBollywood HungamaVimal Elaichi row: FDA commissioner says Shah Rukh Khan, Ajay Devgn, and Tiger Shroff have responded to notice; two hearings heldDaily MaverickCHANGE MAKER: Health and hope thrive in a hydroponic garden on a rooftop in HillbrowESPN DeportesRevive las emociones del día 1 de la Ronda de Comodines en MLBThe Jerusalem PostMan arrested in connection with suspected RAF terror plot called police on self - report한겨레스포츠클라이밍 서채현 결승행…볼더링 준결승 ‘만점’SözcüBu gece benzine 12 lira zam mı gelecek? İşte güncel akaryakıt fiyatlarıהידעןלמה שיעור התמותה בקרב מעשנים עלה? המחקר מצביע על שינוי בגיל המעשניםVarietyKaran Johar to End ‘Koffee With Karan’ After 22 Years With Final Season on JioHotstar: ‘The Decision Is Emotional and Personal’ (EXCLUSIVE)Antara NewsMinister Thohir urges bigger push to tap sport tourism potentialCumhuriyetMaccabi Tel Aviv - Beşiktaş maçı ne zaman, saat kaçta, hangi kanalda? Şifresiz mi?
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Tambang KLIA Ekspres, Transit KL Sentral-KLIA naik RM10

Translate

Tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit bagi perjalanan sehala untuk penumpang dewasa antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan naik RM10 daripada RM55 kepada RM65 mulai 1 Jan 2027.

Pengendalinya Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berkata tambang ketika ini ialah RM55, manakala kadar bagi sektor lain turut akan diselaraskan.

Menurut syarikat itu, pelarasan berkenaan dibuat 11 tahun selepas kenaikan tambang terakhir pada 2016 susulan peningkatan ketara kos operasi dan penyelenggaraan selain mengikut perjanjian konsesinya dengan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata pelarasan itu mengambil kira kos mengendalikan dan menyelenggara selain memastikan perkhidmatan itu dapat dikekalkan dalam jangka panjang.

“Pelarasan tambang ini akan menyokong usaha kami mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi dan melabur dalam penambahbaikan bagi meningkatkan pengalaman penumpang,” katanya.

Beliau berkata ERL kekal komited menyediakan hubungan terpantas dan boleh dipercayai antara KL Sentral dan KLIA.

Pada masa sama, ERL sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk menawarkan potongan harga tiket eksklusif sehingga 30% mulai Januari tahun depan.

Bagaimanapun, butiran mengenai tawaran diskaun itu hanya akan diumumkan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan.

ERL yang mula beroperasi 24 tahun lalu mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit antara pusat bandar dan KLIA Terminal 1 serta Terminal 2.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.