InquirerNBI: Velasco, wife left PH before former aide made ‘delivery’ claimESPNUSMNT player ratings: Richards scores, steadies backline to get 8/10 in win over ChileESPN DeportesEN VIVO: Cubs rompe No-Hitter a King en la séptima한겨레여수 아파트 화단에 신생아 시신 유기 혐의 20대 여성 체포Daily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitCapital FMCity Hall Deploys Heavy Machinery to Clear Northern Bypass Drainage Channels Ahead of El Niño RainsUOLLula liga ao vivo para Dino, do STF, e é questionado por Flávio BolsonaroSözcüPalu Belediye Başkanı AKP’ye geçti... Eski sözleri olay olduCNN Türk30 EYLÜL İDO-BUDO İPTAL FERİBOT SEFERİ | Bugün feribotlar çalışıyor mu, hangi feribot seferleri iptal edildi?The Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara Duterteالنهاركم بلغ سعر أونصة الذهب اليوم؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Pinda Perlembagaan atau mansuh Akta Hasutan

Translate

Akta Hasutan 1948 wajar dibatalkan melainkan Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan untuk secara jelas membenarkan akta itu sebagai satu bentuk sekatan terhadap kebebasan bersuara.

Akta Hasutan adalah tinggalan penjajah yang digubal ketika negara masih berada di bawah pemerintahan British.

Ia kekal hampir tujuh dekad selepas merdeka bukan kerana keabsahannya dari sudut Perlembagaan, tetapi kerana keputusan mahkamah yang menurut pandangan saya berasaskan tanggapan lapuk bahawa Malaysia mengamalkan prinsip ketertinggian Parlimen.

Prinsip yang diamalkan di United Kingdom itu meletakkan Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi yang mempunyai kuasa muktamad untuk menggubal, meminda atau memansuhkan undang-undang, tanpa institusi lain termasuk mahkamah boleh mengetepikannya.

Atas asas itu, Akta Hasutan bertahan sekian lama sebagai salah satu instrumen kuasa negara, dengan sekatan terhadap kebebasan bersuara dipertahankan atas alasan keselamatan negara.

Namun, sejak 2017 Mahkamah Persekutuan memberikan penekanan lebih jelas terhadap keluhuran Perlembagaan dan kuasa kehakiman. Berdasarkan perkembangan ini, pada pandangan saya, kedudukan Akta Hasutan perlu dinilai semula.

Keluhuran Perlembagaan bermakna Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Undang-undang yang tidak selaras dengannya tidak boleh mengatasi jaminan yang diberikan oleh Perlembagaan.

Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan sekatan terhadap kebebasan bersuara atas alasan tertentu, termasuk keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral.

Pada pandangan saya, Akta Hasutan tidak memenuhi piawaian yang sewajarnya bagi menyekat kebebasan tersebut.

Akta yang wujud sebelum Perlembagaan itu menjadikan sesuatu ucapan sebagai kesalahan berdasarkan konsep ‘kecenderungan menghasut’, tanpa perlu membuktikan bahawa seseorang mempunyai niat untuk mencetuskan keganasan atau kekacauan.

Keadaan itu, pada pandangan saya, boleh menjejaskan perlindungan terhadap kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Sumpah jawatan hakim yang ditetapkan dalam Perlembagaan turut memberi panduan mengenai tanggungjawab badan kehakiman.

Hakim tidak mengangkat sumpah untuk taat kepada Parlimen atau kerajaan yang memerintah.

Sebaliknya, mereka bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Kuasa kehakiman bukan sekadar untuk menerima setiap tindakan perundangan tanpa penelitian. Mahkamah memainkan peranan penting dalam memastikan tindakan badan perundangan dan eksekutif kekal dalam batas Perlembagaan.

Apabila sesuatu undang-undang didakwa menjejaskan kebebasan asasi, badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk meneliti kesahihannya dari sudut Perlembagaan.

Justeru, mengekalkan Akta Hasutan semata-mata kerana ia sudah lama wujud, pada pandangan saya, tidak memadai tanpa penelitian terhadap kesesuaiannya dengan kerangka Perlembagaan hari ini.

Perkembangan keputusan mahkamah tertinggi mengenai keluhuran Perlembagaan dan kuasa kehakiman membuka ruang untuk kedudukan Akta Hasutan dinilai semula secara menyeluruh.

Jika mahkamah akhirnya mendapati akta itu bercanggah Perlembagaan, mengetepikannya bukan sahaja akan menamatkan satu tinggalan undang-undang zaman penjajah, malah menegaskan komitmen negara terhadap pemerintahan berasaskan Perlembagaan sendiri.

Ia juga akan memperlihatkan badan kehakiman bukan sekadar menunaikan sumpah jawatan, tetapi melaksanakan tanggungjawabnya dalam mempertahankan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.