ESPNWNBA playoff bracket coming into focus: Dream lock in 4-seed, Liberty are No. 8ESPN DeportesMexicana Bernal hace doblete en goleada del Manchester UnitedThe Jerusalem PostUkraine transfers two North Korean prisoners of war to South Korea, Zelensky saysPunchFCT truck driver, two others held for vandalising NNPC pipeline한겨레희귀질환 치료제 ‘100일 신속등재’ 시동…환자가 체감하는 제도 될 수 있을까? [건강한겨레]BillboardTame Impala, Genesis Owusu Lead 2026 ARIA Awards Nominations: Full ListUOLMediação no TST termina sem acordo, e greve na Caixa continuaAnime News NetworkLEGO Teases Dragon Ball SetsDaily NationInside the political storm threatening Sifuna’s State House bidNew Straits TimesFund our healthcare bodies before standards slip, private hospitals tell govtLenta.ruЭрдоган обсудил с Зеленским безопасность в Черном море中国新闻网华南师范大学成立科技商学院 深化科技与商学融合
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Kami tidak sesekali tunduk, presiden Iran beritahu AS

Translate

Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Rabu bahawa Tehran kekal terbuka kepada dialog dan rundingan, tetapi tidak akan menerima apa yang disifatkannya sebagai ‘bahasa kekerasan’ atau rundingan yang dijalankan di bawah ancaman, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika berucap pada Sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Pezeshkian berkata Iran bersedia untuk berdialog tetapi tidak akan tunduk kepada tekanan.

“Kami tidak akan pernah tunduk,” katanya, sambil menjelaskan yang Iran bersedia untuk berunding dengan syarat rundingan itu tidak disertai ancaman.

Pezeshkian berkata terdapat hipokrasi yang jelas apabila Israel memiliki senjata nuklear dan bukan penandatangan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), ‘tetapi pemeriksa diminta datang ke Iran’.

“Israel membunuh lebih 70,000 orang tidak bersalah di Gaza dengan kejam, tetapi Iran, ketika berada di meja rundingan, dibom.”

Pezeshkian mengulangi dakwaan Iran bahawa negara itu tidak mengejar senjata nuklear. Bagaimanapun, beliau berkata Iran mempunyai hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan aman.

“Kami tidak akan tunduk dan melepaskan hak yang sememangnya menjadi milik kami,” kata Presiden Iran itu.

“Kami menyatakannya dengan jelas: Tiada senjata nuklear dan tiada sekatan terhadap teknologi nuklear untuk tujuan aman,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.