CNN TürkSegmentinin ötesinde 5G konforuוואלהפולין: חיל האוויר בכוננות בעקבות תקיפות רוסיות באוקראינהThe Jerusalem PostWhat you need to know about Macklemore and accusations of antisemitismPunchPresidential aide slams Atiku for calling Tinubu ‘Bola’Bollywood HungamaIsopure responds after Bipasha Basu alleges worms in protein powder: “Quality team evaluating pack”InquirerDepEd investigates South Cotabato school shooting that claimed 3 livesRTP DesportoHolub ganhou tempo com adeus à natação para fazer "coisas incríveis" como o esquiESPNTransfer rumors, news: Arsenal's Madueke eyed by Premier League rivals한겨레삼육대, 학생 1인당 장학금 7년 연속 ‘서울권 1위’20 MinutenMädchen (13) will Jacke holen und stürzt sechs Meter in die TiefeVanguard2027: Ondo APC to set up reconciliation committeesDaily MailFire breaks out at major hotel that has previously been used to house migrants as guests are evacuated
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Kerajaan akan bantu martabat institusi pondok

Translate

Kerajaan akan membantu memperkemas dan memartabatkan institusi pondok termasuk dalam aspek kemudahan fizikal, disiplin ilmu serta pengenalan bidang pengajian baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata, sebagai langkah awal, beberapa institusi pondok akan dipilih untuk menjadi perintis kepada tradisi baharu ilmu berdasarkan pengkhususan serta manhaj tarbiah atau disiplin masing-masing.

“Sejak merdeka 1957, kerajaan bertukar ganti, inilah kali pertama kita bantu.

“Saya mahu tekankan, kerana banyak orang pertikai. Saya tidak akan tentukan kurikulum (pondok), bukan bidang saya. Cuma saya usulkan usaha untuk meningkatkan martabat dan kedudukannya, termasuk ilmu dan disiplin baharu,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, bekas mufti besar Mesir Syeikh Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab dan ulama terkemuka Maghribi Syeikh Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri.

Anwar berkata, institusi pondok juga perlu didedahkan kepada disiplin baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), yang menurutnya mempunyai potensi besar sebagai alat dalam dakwah dan pembangunan umat Islam.

“AI ini adalah senjata penting dalam dakwah dan kebangkitan Islam, dan AI tanpa sistem etika dan akhlak boleh menjadi masalah dan musuh utama yang akan menikam kita.

“AI itu bahayanya ada, sama seperti telefon atau komputer. Jadi mesti latih juga anak-anak di pondok untuk menguasai (AI),” katanya.

Perdana menteri berkata, usaha memperkukuh institusi pondok juga perlu mengambil kira kepelbagaian laluan pendidikan pelajarnya dan tidak semestinya semua institusi berkenaan perlu melahirkan ulama.

“Kalau kita katakan semua pondok ini harus lahirkan semua ulama, tak boleh juga. Sebahagiannya khusus (bidang keagamaan).

“Sebahagiannya nak pergi (menceburi) kejuruteraan ke, nak jadi juruterbang ke, nak (sertai) bidang TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional), saya berpandangan tak ada masalah. Sekurang-kurangnya dia ada asas ilmu, agama yang cukup,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata sebahagian institusi pondok perlu mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan pondok turut menyumbang kepada sistem pendidikan awam.

“Saya setuju tidak semestinya apabila kita iktiraf jurusan pondok itu hingga ke peringkat tinggi, tidak semestinya pelajarnya akan masuk ke universiti…betul. Saya setuju. Tiada masalah.

“Tetapi kita kena ingat, bagi sebahagian (pelajar) dari pondok (untuk meneruskan pengajian) ke universiti juga penting. Sebab dia akan menyumbang kepada sistem pendidikan awam,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.