The Jerusalem PostAt least 24 injured in Bnei Brak nursing home fire, two in serious, unstable conditionESPN DeportesEN VIVO: Cubs y Padres bajan el telón del segundo día de Series de ComodínESPNYankees sweep Red Sox with ALWC Game 2 routPunchFG builds new control centre to strengthen power gridSeeking AlphaMicron expects fiscal Q1 revenue of $61.5B ±$1.5B as it raises fiscal 2027 CapEx plans amid tighter 2027-2028 supply-demandInvesting.comمديرة مالية في Linkhome تتخلص من أسهم بقيمة 45,000 دولارInvesting.com¿Por qué sube hoy la acción de Kioxia?Investing.comPourquoi l’action Kioxia est-elle en hausse aujourd’hui ?ColliderKeanu Reeves’ Disastrous Sci-Fi Remake Officially Returns as a Streaming Hitynet ספורטייאלץ לפרוש מהנבחרת? העונש הכבד שעשוי לספוג רונאלדוThe Straits TimesNuclear fusion can create economic opportunity for Singapore: Tan See LengVanguardNIGERIA @ 66: Judiciary – Last or lost hope of common man?
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Exco Terengganu Razali beri bayangan keluar Bersatu

Translate

Exco Terengganu, Razali Idris, memberi bayangan akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai parti baharu, lebih sebulan selepas melepaskan jawatan sebagai pengerusi Bersatu Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata semalam merupakan hari terakhirnya sebagai pemimpin Bersatu selepas 10 tahun memegang jawatan kepimpinan dalam parti serpihan Umno itu.

“10 tahun sebagai pemimpin Bersatu hari ini berhenti. InsyaAllah, saya jalan terus dengan wadah baru,” kata bekas ketua penerangan Bersatu itu dalam hantaran di Facebook.

Razali sebelum ini tidak mendedahkan sebab peletakan jawatannya sebagai ketua Bersatu Terengganu pada Ogos. Beliau turut berkata akan berundur sebagai ketua Bersatu Marang pada pertengahan September.

Peletakan jawatannya kemudian disusuli dua lagi Adun Bersatu yang melepaskan jawatan masing-masing sebagai ketua penerangan dan bendahari Bersatu Terengganu.

Bersatu berdepan beberapa siri peletakan jawatan dan mengenakan tindakan terhadap beberapa pemimpin susulan pemecatan bekas timbalan presidennya, Hamzah Zainudin, pada Februari.

Hamzah kemudiannya melancarkan Wawasan, yang menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Pejuang pada Jun.

PAS, yang menerajui PN dan kerajaan Terengganu, menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun, menyebabkan hubungan kedua-dua parti itu retak dan membawa kepada penggantungan sementara PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.