The Jerusalem PostTed Cruz says he believes El-Sayed is member of Muslim Brotherhood, claims he lied about tiesESPNTransfer rumors, news: Manchester United keen on Palace duoRTP DesportoFC Porto volta a perder na Champions, treinador recusa criseESPN DeportesClaves de la derrota de Barcelona vs PSG en la ChampionsPunchLa Liga: PSG defeat will not affect El Clásico – RaphinhaInquirerRosal to bring heavy rains, strong winds to Luzon despite no landfallZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkGetty Images, ABD'de iflas başvurusunda bulunduThe Straits TimesSingapore, UAE can do more to connect their businesses and investors: PM WongCapital FMEbola confirmed in Abuja as Nigeria tracks 44 potential contacts20 MinutenRoad Rage: Autofahrer fährt Velofahrer absichtlich anAntara NewsTransNusa Celebrates Historic Milestone With Launch Off Maiden Melbourne-Bali Flight
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 21, 2026

Speaker arah Takiyuddin tarik balik kenyataan ‘munafik’

Translate

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengarahkan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menarik balik kenyataannya yang mengandungi perkataan ‘munafik’ ketika berbahas di Dewan Rakyat awal minggu ini.

Johari berkata Takiyuddin perlu menarik balik kenyataan itu selewat-lewatnya esok, sama ada di Dewan Rakyat atau secara bertulis kepadanya.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Hansard perbahasan Isnin lalu.

“Jika tidak ditarik balik, Jelutong (RSN Rayer) boleh mengemukakan usul kepada saya,” katanya.

Johari merujuk kepada Rayer yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4), berhubung larangan penggunaan bahasa kesat, susulan kenyataan Takiyuddin ketika perbahasan Belanjawan 2027.

Rayer mendakwa terjemahan hadis ke bahasa Melayu oleh Takiyuddin serta penggunaan perkataan ‘munafik’ dan ‘hypocrite’ ditujukan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan belanjawan.

Katanya, ucapan Takiyuddin itu didakwa keterlaluan dan beliau meminta Speaker membuat keputusan berhubung penggunaan perkataan sedemikian.

Selepas Johari membuat keputusan itu, Awang Hashim (PAS-Pendang) bangun mempertahankan Takiyuddin dengan berkata kenyataan berkenaan tidak ditujukan kepada sesiapa.

Bagaimanapun, Johari tidak membenarkan Awang mencelah kerana beliau tidak membawa salinan Hansard.

Misbahul Munir Masduki (PAS-Parit Buntar) kemudian berkata beliau mempunyai salinan Hansard, namun Johari juga tidak membenarkannya mencelah dan berkata perkara itu boleh dibawa kepada jawatankuasa Parlimen.

“Sebab itu saya tidak mahu perkara ini dibahaskan. Apabila berbahas, mereka bercakap dalam keadaan marah. Saya sudah membuat keputusan. Jika Kota Bharu tidak mahu menarik balik kenyataannya, Jelutong boleh mengemukakan usul.

“Usul itu akan dibawa kepada jawatankuasa untuk dibincangkan dan diputuskan. Itu sahaja. Jangan pertikaikan keputusan saya,” kata Johari.

Awang kemudian menegur Johari kerana tidak membenarkannya membahaskan keputusan itu, sambil mendakwa Speaker terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan Dewan.

Johari menjawab: “Kamu mengambil masa rakyat. Jangan bawa politik ke dalam (Dewan). Kalau mahu berpolitik, pergi ke luar. Saya tidak berminat membawa politik ke sini.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.