ESPN DeportesRafael Ramos: Tristes Tricolores tragan de a tresDaily MaverickMUNICIPAL DYSFUNCTION: Joburg stalls release of R4.07bn misconduct files until after electionsThe Jerusalem PostWe are all grateful to the flydubai plane heroes but who is taking accountability? - editorialInquirerProsecution to drop bribery charge vs Sara DuterteESPNThitikul wins in Hawaii for fourth victory this seasonCNN TürkAğrı Dağı'nda Nuh'un Gemisi araştırması: Yeni buluntular ne anlama geliyor?SözcüÇinlilerin gözdesi Türkiye’de tezgâhlara düştü: Kilosu 300 liraZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe South AfricanBafana Bafana’s squad depth: What Mosimane learned against EgyptLenta.ruЧасть российского региона лишилась света경향신문“보안 100점”이라더니…고객정보 해킹 못막은 은행들The Sydney Morning HeraldWA Greens staffer’s Land Forces ban overturned
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

12 ditahan disyaki ada kaitan rangkaian pengganas di Indonesia

Translate

Dua belas individu disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian bergabung dengan Daulah Islamiyah dan pengganas lain ditahan dalam beberapa operasi berasingan di enam wilayah di Indonesia.

Jurucakap unit antikeganasan Polis Nasional Indonesia, Detasmen Khas 88 (Densus 88), Mayndra Eka Wardhana, berkata suspek berusia 22 hingga 52 tahun itu ditahan di Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara dalam operasi sejak 2 Okt lalu.

Beliau berkata, siasatan awal menemui kaitan antara suspek meskipun kegiatan mereka merentasi wilayah berbeza, termasuk petunjuk indoktrinasi, pengukuhan rangkaian dan kegiatan lain.

“Satu daripada corak yang dikenal pasti melibatkan pertemuan dalam talian yang menghubungkan beberapa penyokong Daulah Islamiyah dari beberapa wilayah secara maya,” katanya dalam kenyataan.

Mayndra berkata, penyiasat turut menemui aktiviti disyaki latihan melibatkan beberapa individu ditahan, termasuk latihan fizikal dan menembak serta latihan lain dikaitkan dengan kegiatan pengganas.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan dengan polis meneliti bahan bukti dirampas serta kemungkinan kaitan setiap suspek dengan individu atau rangkaian lain.

Katanya, penahanan itu sebahagian usaha pengesanan dan pencegahan awal terhadap kemungkinan tindakan pengganas dengan melumpuhkan kegiatan seperti pengukuhan rangkaian, propaganda, perekrutan dan latihan boleh membawa kepada keganasan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.