ESPN DeportesTigres recibe al Necaxa con la urgencia de escalar posicionesוואלהבן 42 נפצע באירוע אלימות בסח'ניןESPN'I Will Always Love You': Tennessee holds multiple tributes for Dolly PartonCNN TürkTUĞBA EKİNCİ NEDEN TUTUKLANDI? Tuğba Ekinci kimdir, nereli ve kaç yaşında? 5 ilde eş zamanlı operasyonThe Jerusalem PostGafni, Maklev to leave Knesset as ultra-Orthodox Degel HaTorah party refreshes lineup한겨레[IFA 2026] 국제 가전 전시회 런웨이 접수한 중국 로봇 군단Globo EsporteFluminense x Vasco - Campeonato Brasileiro 2026 - Ao vivo - globoesporte.comSportstarInter Miami vs Atlanta United to begin finally - Messi starts; Players warm up after rain delayDaily MailKelly Osbourne: I got so thin after Ozzy died that I wore a wig at the Grammys to hide my cheekbonesEl Comercio¡En su visita al Perú! Papa León XIV tendría encuentro con jóvenes en el Estadio Monumental de AteThe Hollywood Reporter‘The Debut’ Features Seven Original Songs, All Written by Jesse Eisenberg, and One Is Getting an Oscar Push (Exclusive)InfobaeMuere en Crimea el director de un fondo prorruso en un ataque atribuido a Ucrania
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 6, 2026

Adun PAS tak semak fakta, DAP sudah lama persoal DNAA Zahid, kata Ramkarpal

Translate

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh membidas seorang Adun PAS dari Kedah susulan dakwaan partinya hipokrit kerana menyeru peguam negara menyemak semula keputusan menghentikan 47 pertuduhan dihadapi Presiden Umno Zahid Hamidi.

Semalam, Adun Pengkalan Kundor Mardhiyyah Johari, berkata isu berkenaan tidak dibangkitkan sewaktu DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan Umno untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU 2022.

Ramkarpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Mardhiyyah “jelas tidak tepat dan menunjukkan beliau tidak memahami pendirian DAP” berkait kes Zahid.

Beliau berkata, sekiranya Adun tersebut menyemak fakta, jelas DAP membangkitkan kebimbangan serius mengenai isu itu sejurus selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 4 Sept 2023, berikutan permohonan pihak pendakwaan.

Beliau menekankan bahawa Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook telah mengeluarkan kenyataan pada keesokan hari, bagi menuntut peguam negara memberi penjelasan mengenai keputusan dibuat.

“Loke ketika itu turut menegaskan DAP sentiasa mempertahankan prinsip pengasingan kuasa antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tiada campur tangan eksekutif dalam mana-mana kes di mahkamah, sambil menegaskan perkara tersebut adalah di dalam kepentingan awam,” katanya.

Ramkarpal sebagai pengerusi Biro Undang-undang DAP, berkata parti itu juga menuntut Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan sebab memutuskan tidak meneruskan tindakan lanjut terhadap Zahid, seperti dinyatakan dalam kenyataan, pada 7 Jan lalu.

Beliau berkata, pada 8 Jan lalu, beliau juga mempersoal tindakan AGC secara tiba-tiba berpendirian dapatan prima facie Mahkamah Tinggi terhadap Zahid tidak lagi kukuh, sedangkan dapatan tersebut dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan sendiri pihak pendakwaan.

Sambil menegaskan apa disuarakan DAP berkait DNAA Zahid bukan sesuatu yang baru, Ramkarpal berkata, DAP akan terus mempersoalkan keputusan peguam negara dalam kes Zahid kerana keputusan berkenaan jelas tidak masuk akal, khususnya apabila Mahkamah Tinggi membuat dapatan prima facie terhadap Zahid.

“Persoalan yang sepatutnya timbul sekarang ialah sama ada PAS akan melakukan perkara yang sama atau memilih berdiam diri, lebih-lebih lagi ketika Umno dan PAS dilihat semakin mempunyai hubungan yang begitu akrab pada masa ini,” katanya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa peguam negara menyemak semula kes Zahid, disusuli Pemuda DAP menyokong seruan tersebut pada Jumaat.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, diberikan DNAA atas 47 pertuduhan melibatkan rasuah, pengubahan wang haram, dan pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

Kes tersebut telah mencapai peringkat pembelaan, dengan Zahid dan 14 saksi pembelaan lain telah memberi keterangan apabila pihak pendakwaan memohon pelepasan bersyarat.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.