CNN TürkBakırköy'de tanker devrildi; sızıntı nedeniyle yol kapatıldıPunchDavido’s aide dismisses Okpebholo’s 2.5m vote promise for TinubuThe Jerusalem PostIran giving Yemen's Houthis target intelligence for drone, missile strikes on Saudi Arabia - reportBollywood HungamaKriti Sanon approaches Delhi High Court seeking protection against AI-generated impersonation, unauthorised use of identity한겨레국제이주기구 “기후변화로 2050년까지 남아시아 4천만명 이주” 경고InquirerP1.1M contraband cigarettes uncovered after blaze in Bukidnon houseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioColliderPokémon Officially Debuts Its Creepy New Ghost Type for a Limited TimeSouth China Morning PostReporter’s notebook: Kimi’s AI credit card turns spending into computing quotas – with limitsSCMP ChinaLandmark China trial gets 84% efficacy in treating cancer with clue from waste water techInteriaPokój hotelowy z autentycznym kokpitem Boeinga 737. Cena zwala z nógSoompiSeo Kang Jun And Ahn Eun Jin Run Into Each Other On Dates With Other People In “A Love Other Than Yours”
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 17, 2026

P Pinang mula operasi bas elektrik

Translate

Rapid Bus Sdn Bhd melaksanakan perkhidmatan bas elektrik secara berperingkat bermula dengan Rapid Penang, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata sebanyak 250 bas elektrik akan diperoleh dalam fasa pertama, dengan 175 diperuntukkan kepada Rapid KL dan 75 kepada Rapid Penang.

Daripada jumlah itu, 150 bas akan diperkenalkan dalam fasa pertama, manakala baki 100 lagi menyusul dalam fasa kedua.

Setakat 13 Okt, Rapid Bus menerima 52 bas elektrik dengan 37 untuk Rapid KL dan 15 bagi Rapid Penang. Semua 250 bas dijangka diterima menjelang Mac tahun depan.

“Ini menandakan era baharu pengangkutan awam Pulau Pinang, dengan bas yang lebih mesra alam dan senyap,” katanya ketika pelancaran bas elektrik di Depoh Rapid Penang, di sini.

Bagaimanapun, Loke berkata operasi bas yang lebih senyap berbanding bas diesel boleh menyebabkan pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain tidak menyedari kehadiran kenderaan itu.

Beliau menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mengambil kira aspek itu dalam perancangan pengurusan trafik dan laluan pejalan kaki, khususnya di kawasan yang sibuk.

Pengenalan bas elektrik itu sebahagian daripada rancangan Prasarana Malaysia Bhd memperoleh 1,600 bas elektrik secara berperingkat dari tahun ini hingga 2031 bagi menggantikan kenderaan diesel.

Rapid Bus akan menggunakan dua jenis bas elektrik, masing-masing sepanjang 12m dan 8.25m, bagi memenuhi keperluan kapasiti penumpang serta keadaan trafik berbeza.

Tak boleh larang

Sementara itu, Loke berkata kerajaan tidak boleh melarang warga asing menggunakan bas awam, susulan gesaan supaya Rapid KL menyekat penumpang asing kerana dakwaan kelakuan tidak tertib.

Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook pada sidang media selepas pelancaran bas elektrik Rapid Penang di George Town hari ini. (Gambar JohnShen Lee)

Beliau berkata, polis bantuan Rapid KL akan mengambil tindakan terhadap aduan salah laku, namun larangan menyeluruh terhadap penumpang asing tidak boleh dilaksanakan.

“Kita bukan negara yang menyisihkan orang. Mana boleh kita larang warga asing menaiki bas. Itu cadangan yang mustahil dilaksanakan.

“Kalau ada penumpang berkelakuan tidak tertib atau membuat apa-apa kelakuan yang tidak senonoh, sudah tentu tindakan diambil dan mereka boleh ditahan dan sebagainya kalau menyebabkan gangguan kepada orang ramai atau kepada penumpang lain. Kita ada polis bantuan di semua stesen MRT dan LRT seluruh negara,” katanya dalam sidang media.

Loke berkata, pemandu bas juga boleh melaporkan sebarang kejadian kepada polis.

Beliau mengulas dakwaan pengguna media sosial, kelakuan sesetengah warga asing di dalam bas Rapid KL menyebabkan penumpang tempatan tidak selesa, termasuk menukar pakaian anak dan merosakkan kemudahan.

Sesetengah pengguna media sosial menggesa Rapid KL melarang warga asing menggunakan perkhidmatan basnya atau mengambil tindakan terhadap mereka yang berkelakuan tidak tertib.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.