PunchLagos debunks worker’s death at GNI building demolitionCNN TürkMısır'da tanker yangını faciası! 30 kişi hayatını kaybettiCBC NewsThe National | Wegovy, Ozempic pose rare vision loss risk: Health Canada한겨레[속보] 윤석열, ‘한덕수 재판’ 위증 혐의 무죄 확정ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsUkrainians in Canada wait for permanent residency as calls grow for more pathways경향신문“경계 초월 상수도 행정 협력”···화천군과 춘천시, 인접한 면지역에 상호 수돗물 공급 추진New Straits TimesBOJ's Tamura signals chance of faster-pace interest rate hikesCNN BrasilSaldo da megaoperação no Rio aponta para mais de 400 prisões de foragidosThe Sydney Morning HeraldChristie Whelan Browne plays both ingenue and fading starlet in this sharp tale of rivalry中国新闻网外交部亚洲事务特使邓锡军同缅甸民族团结与实现和平协商委员会秘书敏乃会谈Het Laatste NieuwsAustralië neemt wet voor online veiligheid aan: techreuzen riskeren boetes van miljoenen dollars
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

MCA menang PRN bukan bukti sokongan pengundi muda Cina, kata penganalisis

Translate

Kemenangan MCA dalam tiga PRN tahun ini tidak semestinya menunjukkan perubahan sokongan lebih meluas dalam kalangan pengundi muda Cina terhadap parti itu, kata penganalisis, yang mempertikaikan dakwaan Presiden MCA Wee Ka Siong.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, berkata keputusan itu memberangsangkan bagi MCA tetapi ia tidak semestinya mencerminkan trend di seluruh negara, memandangkan formula pilihan raya yang digunakan di ketiga-tiga negeri itu mungkin tidak sesuai diterapkan di tempat lain.

Sivamurugan Pandian

Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata, pengundi muda secara umumnya kurang terikat dengan kesetiaan kepada parti dan cenderung menilai calon berdasarkan prestasi, kebolehcapaian serta keupayaan mereka menangani isu kehidupan seharian.

“Corak pengundian dalam pilihan raya umum dipengaruhi naratif di peringkat nasional, identiti gabungan serta persepsi terhadap pengaruh MCA dalam kerajaan,” katanya kepada FMT.

Pada Perhimpunan Agung MCA pada 22 Nov, Presidennya Wee Ka Siong mendakwa pengundi muda lebih terbuka menerima MCA berbanding pengundi lebih berusia, dengan merujuk prestasi parti itu dalam PRN di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

James Chin daripada University of Tasmania mempersoalkan dakwaan itu, sebaliknya berkata kemenangan berkenaan sebahagian besarnya didorong sokongan orang Melayu kepada Umno dan PAS.

james chin

James Chin.

“Jika kita melihat corak pengundian di seluruh Melaka, jelas bahawa pengundi Cina masih menyokong DAP,” katanya.

MCA memenangi lapan kerusi di Johor pada Julai, dua kerusi di Negeri Sembilan pada bulan berikutnya dan mengekalkan dua kerusinya di Melaka awal bulan ini, menjadikan jumlah keseluruhan 12 kerusi.

Daripada 12 kerusi itu, hanya Yong Peng dan Jementah di Johor merupakan kawasan majoriti pengundi Cina.

Kerusi lain sama ada kawasan campuran, seperti Kelebang di Melaka dan Chennah di Negeri Sembilan, atau kawasan majoriti Melayu, termasuk Pekan Nanas dan Layang-Layang di Johor.

Di Melaka, DAP mengekalkan kesemua empat kerusinya, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. Pengundi Cina membentuk kumpulan etnik terbesar di Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Chin mengaitkan peningkatan jumlah pengundi muda dengan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, bukannya peningkatan sokongan terhadap MCA.

“Memang benar MCA sedang mengalami kebangkitan semula, tetapi hanya dalam kalangan penyokongnya sendiri,” katanya, sambil menambah ahli parti itu melihat peluang untuk meraih semula pengaruh politik apabila Umno semakin kukuh.

Penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Lau Zhe Wei, berkata pengundi muda mungkin lebih cenderung memberi peluang kepada MCA kerana mereka tidak pernah melalui pengalaman parti itu mentadbir negara selama beberapa dekad.

Lau Zhe Wei.

Beliau berkata, pengundi berusia 30 tahun ke atas lebih berkemungkinan mengingati rasa tidak puas hati terhadap MCA sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, kerjasama dengan PAS masih tidak popular dalam kalangan pengundi Cina, meskipun MCA memerlukan undi penyokong PAS untuk memenangi kerusi.

“Kerjasama dengan PAS sememangnya bukan sesuatu yang ingin dilihat masyarakat Cina, tanpa mengira siapa yang bekerjasama dengan PAS pada masa ini,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.