Rosmah nafi laporan denda RM50 juta Najib sudah dibayar

Rosmah Mansor berkata beliau tidak mengetahui laporan bahawa dua wakil telah hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat untuk membayar denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.
Rosmah berkata, beliau mahupun ahli keluarganya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung perkara itu, termasuk dakwaan pembayaran berkenaan.
“Saya tidak tahu. Keluarga saya juga tidak dimaklumkan. Sepatutnya kamu beritahu saya.
“Jika laporan itu tidak benar, mereka perlu menarik balik laporan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengurusan kes berhubung kes projek solar beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa dua wakil telah hadir ke mahkamah untuk menjelaskan denda berkenaan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.