PunchLagos debunks worker’s death at GNI building demolitionCNN TürkMısır'da tanker yangını faciası! 30 kişi hayatını kaybettiCBC NewsThe National | Wegovy, Ozempic pose rare vision loss risk: Health Canada한겨레[속보] 윤석열, ‘한덕수 재판’ 위증 혐의 무죄 확정ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsUkrainians in Canada wait for permanent residency as calls grow for more pathways경향신문“경계 초월 상수도 행정 협력”···화천군과 춘천시, 인접한 면지역에 상호 수돗물 공급 추진New Straits TimesBOJ's Tamura signals chance of faster-pace interest rate hikesCNN BrasilSaldo da megaoperação no Rio aponta para mais de 400 prisões de foragidosThe Sydney Morning HeraldChristie Whelan Browne plays both ingenue and fading starlet in this sharp tale of rivalry中国新闻网外交部亚洲事务特使邓锡军同缅甸民族团结与实现和平协商委员会秘书敏乃会谈Het Laatste NieuwsAustralië neemt wet voor online veiligheid aan: techreuzen riskeren boetes van miljoenen dollars
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Gangguan bekalan kuasa jejas 4 stesen LRT Laluan Kelana Jaya

Translate

Gangguan bekalan kuasa landasan menyebabkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas di empat stesen pagi ini.

Ia membabitkan Stesen LRT Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara dan Lembah Subang.

Justeru, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ulang-alik percuma diaktifkan bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang.

Rapid KL berkata, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan dari Stesen Putra Heights berpatah balik di Stesen Subang Jaya dan dari Stesen Gombak berpatah balik di Stesen Lembah Subang, dengan kekerapan tujuh minit.

Menurutnya, tren perantara beroperasi antara Stesen Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara dan Lembah Subang menggunakan Platform 2 setiap 12 minit.

Bas perantara ulang-alik percuma bagi laluan sama turut disediakan setiap 15 hingga 20 minit, bergantung kepada trafik semasa.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan penumpang dijangka berdepan masa menunggu lebih lama di platform, khasnya bagi tren ulang-alik, selain kemungkinan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Jadi, orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi, termasuk Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.

Jelasnya, pasukan teknikalnya sedang menjalankan kerja baik pulih bagi memulihkan operasi seperti biasa secepat mungkin.

Katanya, anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform serta ruang legar stesen untuk membantu penumpang sepanjang gangguan, manakala pengumuman berkala jadual perjalanan tren akan dibuat dari semasa ke semasa.

Penumpang disaran merujuk saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE bagi mendapatkan status perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.