InquirerNBI: Velasco, wife left PH before former aide made ‘delivery’ claimESPNUSMNT player ratings: Richards scores, steadies backline to get 8/10 in win over ChileESPN DeportesEN VIVO: Cubs rompe No-Hitter a King en la séptima한겨레여수 아파트 화단에 신생아 시신 유기 혐의 20대 여성 체포Daily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitCapital FMCity Hall Deploys Heavy Machinery to Clear Northern Bypass Drainage Channels Ahead of El Niño RainsUOLLula liga ao vivo para Dino, do STF, e é questionado por Flávio BolsonaroSözcüPalu Belediye Başkanı AKP’ye geçti... Eski sözleri olay olduCNN Türk30 EYLÜL İDO-BUDO İPTAL FERİBOT SEFERİ | Bugün feribotlar çalışıyor mu, hangi feribot seferleri iptal edildi?The Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara Duterteالنهاركم بلغ سعر أونصة الذهب اليوم؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Bekas pengurus besar Felda didakwa tipu berkait pindah milik 16 bidang tanah

Translate

Bekas pengurus besar Felda, Faizoull Ahmad, didakwa menipu lembaga pengarahnya berhubung pemindahan hak milik 16 bidang tanah Felda di Jalan Semarak pada 2014.

Faizoull, 66, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.

Dia didakwa dengan niat tidak jujur menyembunyikan daripada lembaga Felda bahawa surat kuasa wakil bertarikh 3 Jun 2014 memberi kuasa kepada Synergy Promenade Sdn Bhd untuk memindahkan hak milik 16 bidang tanah berkenaan yang terlibat dalam cadangan pembangunan lot Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Faizoull didakwa dengan itu mendorong lembaga Felda bersetuju dengan surat kuasa wakil berkenaan, menyebabkan 16 bidang tanah itu dipindahkan kepada Synergy Promenade dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd.

Faizoull didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Felda pada 2 Sept 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi mencadangkan jaminan RM100,000 dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguamnya, Shukri Mohamad, meminta mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 dengan alasan Faizoull sudah membayar jaminan RM100,000 kepada SPRM.

Beliau turut berkata anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sejak 2018, ketika dia didakwa atas dua kesalahan sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu.

Faizoull dibenarkan diikat jamin RM60,000 dan diarahkan menyerahkan pasportnya serta melaporkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.