Bollywood HungamaSamay Raina, Medha Shankr BREAK silence on December 2026 wedding reports; comedian quips, “Sorry, will have to postpone”CNN TürkRangers, derbide Celtic'i mağlup ettiInquirerCalabarzon cops on full alert for martial law protestsESPNTransfer rumors, news: Liverpool and Man City are interested in Real Sociedad's AramburuPunchEPL: Neville slams Man United’s performance after Fulham drawInquirer EntertainmentWATCH: BINI Mikha stars in Inigo Pascual’s music video for new single한겨레검찰, 중국인 유학생 살해한 정창성 구속기소UOLPrefeitura do Rio vai desapropriar casarão após desabamento no Cosme Velho20 MinutenRussland-Affäre: Neue Untersuchung entlastet NachrichtendienstХабрFinal должен быть finalSouth China Morning PostHong Kong Ballet to move to city’s first dedicated dance venue in 2027سكاي نيوز عربيةالرئيس الصيني يزور أميركا من 23 إلى 25 سبتمبر
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

Ahli diseru dahulukan tanggungjawab kepada PAS sebelum derma Najib

Translate

Ahli PAS diseru mendahulukan tanggungjawab kepada parti sebelum membuat sumbangan kepada tabung solidariti bagi membantu bekas perdana menteri Najib Razak.

Bendahari Agung, Iskandar Samad, berkata antara keutamaan ketika ini ialah menyumbang kepada dana pembinaan kompleks PAS pusat berhampiran Putrajaya yang memerlukan kira-kira RM50 juta.

“Tetapi, sebagai bendahari agung PAS sudah tentu saya mahu ahli-ahli PAS mendahulukan tanggungjawab hakiki mereka.

“Antaranya menyumbang untuk dana membina kompleks PAS pusat yang akan dibina berhampiran Putrajaya,” katanya kepada FMT.

Iskandar berkata, ahli turut perlu menyumbang kepada program Infaq Istiqamah serta PAS kawasan dan cawangan masing-masing.

“Saya tidak mahu membebankan lagi ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan menyumbang kepada tabung dilancarkan Umno, susulan hantaran di Facebooknya yang meminta ahli menyumbang kepada dana pembinaan kompleks berkenaan.

Pada 19 Sept lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya menyerahkan kepada ahli untuk memberi sumbangan kepada tabung solidariti bagi membayar denda RM50 juta dikenakan terhadap Najib, antara syarat untuknya menjalani baki tahanan rumah.

Tuan Ibrahim turut yakin jumlah itu dapat dikumpulkan.

Ditanya sama ada ahli PAS wajar menderma kepada Najib, Iskandar berkata perkara itu terpulang kepada setiap ahli.

Namun, beliau yakin penyokong Umno cukup ramai untuk menyumbang kepada kos berkaitan Najib.

“Saya yakin ahli-ahli Umno cukup ramai untuk menyumbang kepada kos tersebut,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.