InquirerP500 hike in gov’t workers’ allowance ‘an insult’ESPNDart to have surgery, miss regular season; Harbaugh won't rule out playoffsPunchStocks hit record high as market cap reaches N163tnThe Jerusalem PostUkrainian foreign minister says he discussed keeping tension low with Iranian counterpartESPN DeportesOhtani conecta un hit en su regreso tras lesiónBollywood HungamaShah Rukh Khan leads India’s richest actors with Rs 10,000 crores net worth; despite Rs 2,490 crores drop in estimated wealthSözcüFon skandalında düğüm noktası... Fon parasına gerçekte kim yön verdi?Variety‘No One Achieves Anything Alone’: Inside Variety’s Power of Women Event With Jennifer Hudson, Sharon Stone, Pearlena Igbokwe and Melissa McCarthyThe Sydney Morning HeraldLachie Neale tribunal appeal LIVE: New twist as Lions star attempts to overturn grand final suspensionMintIs Trump’s 100% tariff threat on India ‘leverage to push through a trade deal’? Expert weighs inSportstarIndia A vs Australia A, 1st unofficial Test Day 3 LIVE score: IND-A enters day with lead of 163 runs; play begins at 9:30AM ISTLenta.ruВ КНДР отвергли отказ от ядерного оружия
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

Krisis NS: Persoalan penting belum dijawab

Translate

Mohsin Abdullah

“Apa yang Tuanku Muhriz Tuanku Munawir lakukan sebenarnya sehingga Umno membawa anarki ke Negeri Sembilan dalam percubaaan menurunkannya sebagai Yang di-Pertuan Besar?” Begitu persoalan yang diajukan Kalimullah Hassan, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP pada perenggan pertama artikel beliau di The Vibes semalam.

Ramai di dalam dan luar Negeri Sembilan tertanya-tanya mengapa mahu turunkan Tuanku Muhriz dari takhta.

Kata Kalimullah menerusi artikel ‘Anarchy in Negeri Sembilan’, tiada seorang pun ada mendengar apa-apa skandal membabitkan Tuanku Muhriz selama 18 tahun pemerintahan baginda.

“He has been a proper constitutional monarch as could be,” kata beliau. Beberapa kawan saya asal Negeri Sembilan sependapat. “Tuanku Muhriz is a humble, down to earth man not given to a pompous demeanour. Well liked by all and sundry,” kata seorang kawan.

Seorang lagi kata: “orang kampung especially Sri Menanti dan sekitarnya memang sanjung Tuanku M. Petang-petang drive sendiri kereta tengok keadaan kampung. Berjiwa kampung bervisi luas.”

“Yup Tuanku memang sangat humble dan merakyat,” sambut seorang lagi kawan. Ada lagi tetapi cukup setakat itu. We got the point.

Kalimullah juga bertanya mengapa pihak yang menggerakkan langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia begitu berani berbuat demikian? Siapa yang memayung mereka? Mengapa polis belum menyoal siasat sesiapa for “sedition or treason?”, tanya beliau.

Kata Kalimullah, apa yang beliau tahu ialah semasa persidangan raja-raja membincangkan pelantikan ketua hakim negara untuk menggantikan Tengku Maimun Tuan Mat, Tuanku Muhriz memberi pandangan bahawa pelantikan mesti dilakukan oleh Judicial Appointments Commission. Apa pun mulanya nama Ahmad Terrirudin Mohd Salleh timbul namun akhirnya Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih.

Menurut Kalimullah lagi, ketika pengampunan Najib Razak banyak diperkatakan tahun lalu, Tuanku Muhriz lantang membantah. Dalam ucapan sempena hari keputeraan pada Januari lalu, Tuanku Muhriz menzahirkan kekecewaan terhadap golongan yang terus menyokong individu yang telah didapati bersalah bersabit rasuah.

Baginda terkejut masih ada orang yang berdiri di belakang individu yang telah didapati bersalah melakukan rasuah seolah-olah apa yang dilakukan boleh diterima atau dimaafkan. Jelas baginda merujuk Najib. Maka “Tuanku Muhriz’s stance on these issues was not popular especially with Umno which had been at the forefront pushing for Najib’s release.”

Umno yang memaksa PRN diadakan Ogos lalu atas alasan antaranya menyelamatkan institusi raja. Ironinya Umno sekarang bersekongkol dengan percubaan menurunkan raja di Negeri Sembilan.

Sebelum PRN diadakan kawan saya asal Negeri Sembilan beritahu, “pilihan raya negeri tak dapat selesaikan pun secara tuntas sebab ini pertembungan level atas.”

Sesungguhnya keadaan lebih buruk selepas pilihan raya dimenangi Umno-BN dengan kerjasama PAS. Saya petik satu lagi laporan The Vibes dua hari lalu yang bertanya, “Umno kata tahu bagaimana selesaikan krisis Raja Negeri Sembilan, apa jadi?”

Laporan itu mengingatkan kita bahawa pada 24 Julai, yakni beberapa hari sebelum pilihan raya, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (anak jati Negeri Sembilan) berkata BN ada cara terbaik untuk mengatasi krisis raja. Beliau tidak beri butiran. Bila ditanya wartawan, jawab Mohamad, “tak apa biar kita menang dulu. Kita menang dulu. Bila menang besok kita dapat ilham.”

Umno-BN sudah menang. PRN diadakan 1 Ogos lalu. Sekarang dah 24 Sept tapi formula ajaib masih tidak kelihatan. Tok Mat belum dapat ilham agaknya.

Beberapa hari lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar. Tidak tahu apa hasilnya setakat ini. Pihak yang mendakwa sebagai Undang dan pemimpin adat Negeri Sembilan marah — lalu memberi amaran kepada Anwar dan kerajaan persekutuan supaya jangan campur tangan dalam urusan Negeri Sembilan.

Kita tidak tahu sama ada Anwar dipanggil menghadap (lantas tidak boleh menolak) atau beliau memohon untuk menghadap. Apa pun beliau selaku perdana menteri wajar untuk tahu perkembangan. Krisis Negeri Sembilan dibimbangi boleh menjejaskan negara. Tentu perdana menteri bimbang. Lagipun krisis sudah membabitkan pentadbiran negeri yang boleh menyulitkan rakyat.

Sebelum itu Anwar menyelar tindakan sesetengah orang politik yang cuba manipulasi institusi diraja sambil memberi amaran keras bahawa sistem beraja akan runtuh sekiranya kedudukan raja Melayu boleh ditukar ‘mengikut bulan’ demi kepentingan politik tertentu. Kerajaan persekutuan sememangnya mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.

Apa jalan penyelasain? Menurut kawan saya tadi, “Yamtuan, Undang Luak, institusi adat yang kena duduk semeja dan bermusyawarah. Kuncinya rendah hati dan muafakat. Sebagaimana perbilangan adat ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.”

Mahukah mereka berdamai, tanya saya. “Ada yang ego sebab rasa kuasa mereka lebih besar dari Yamtuan,” jawab si kawan.

Itu kata kawan saya Julai lalu. Sekarang pada hemat saya adalah tidak adil untuk menjangka Tuanku Muhriz mahu datang berunding dengan pihak yang menentangnya kerana sudah beberapa kali mereka cuba menurunkan baginda dari takhta. Mereka juga sudah melantik pilihan sendiri yang hanya kumpulan mereka iktiraf.

Sekarang ada yang cadang campur tangan Majlis Raja-Raja. Tentu ada banyak perkara yang mesti ditangani terlebih dahulu sebelum itu boleh dilakukan.

Jika masuk campur untuk mencari penyelesaian, jangan pula ada yang complain sebab Tuanku Muhriz memang duduk dalam Majlis Raja-Raja. Atau ada pula pertikai kedudukannya dalam majlis berkenaan?

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.