RTP DesportoLiga Europa. Torreense defronta Sunderland esta quinta-feira em LeiriaPunchPlayers like me, Yamal, Álvarez need more protection from referees – Vini JrESPNTransfer rumors, news: Martínez's future at Man United in doubt after bust-upThe Jerusalem PostRetired US military officers urge government to cancel livestream of Fort Hood shooter's executionDaily MaverickWHAT’S COOKING: Lemony Greek roast chicken and potatoesCNN TürkYönetmelik değişti! Taksitli alışverişte yeni dönemBollywood HungamaBREAKING: Jailer 2 ends with the promise of third part; Hrithik Roshan's massy special appearance has a Chulbul Pandey connection (Spoilers ahead)InquirerNBI chief dares Sara Duterte’s camp to file case over bias claimsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLSão Paulo deve ter chuva forte nesta quinta (15) após temporal matar uma pessoa na vésperaBusiness AMChina stuurt vliegdekschip Liaoning naar de westelijke Stille Oceaan, in de buurt van Japan en TaiwanSRF NewsNachfolge von Guy Parmelin – SVP-Nationalrätin Céline Amaudruz will Bundesrätin werden
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

CAAM kesan isu selenggara babit pengendali helikopter beberapa hari sebelum nahas

Translate

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesan beberapa isu penyelenggaraan ketika pemeriksaan ke atas syarikat mengendalikan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang terhempas di Sarawak bulan lalu dan mengorbankan lima mangsa.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata CAAM melaksanakan audit pengawasan terhadap operasi penyelenggaraan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dari 1 hingga 4 Sept lalu, dengan pemeriksaan susulan selesai pada 6 Sept, dua hari sebelum nahas berlaku.

Jelasnya, audit tahunan itu mengenal pasti tiga isu membabitkan perancangan kakitangan penyelenggaraan, rekod tidak jelas pemeriksaan penyelenggaraan berjadual tertentu dan prosedur bertulis tidak mencukupi bagi kesinambungan operasi selepas berlaku kecemasan.

Katanya, dua daripada masalah itu selesai, manakala masalah ketiga membabitkan kaedah pengiraan keperluan tenaga kerja masih menunggu pengesahan akhir CAAM ketika nahas berlaku.

“CAAM merumuskan isu ini tiada kaitan dengan keadaan mekanikal helikopter itu,” katanya di Dewan Rakyat.

Loke menjawab soalan Richard Rapu (GPS-Betong) sama ada kelemahan yang dikenal pasti ketika pemeriksaan terdahulu ada kaitan dengan masalah mekanikal, isu enjin atau keletihan kru.

Beliau juga ingin tahu jika CAAM sedang memantau ketat helikopter lain milik syarikat itu yang masih beroperasi.

Helikopter Bolkow BO-105 yang dikendalikan Layang Layang di bawah kontrak dengan Kementerian Kesihatan, terhempas di landasan Long Lellang di Ulu Baram pada 8 Sept lalu. Juruterbang dan empat petugas perubatan terkorban dalam nahas itu.

Loke berkata, penyiasat belum dapat mengenal pasti punca nahas atau sama ada mana-mana isu yang dikenal pasti sebelum ini menjadi faktor penyumbang.

“Kita memerlukan siasatan terperinci untuk menentukan apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu dan sama ada terdapat sebarang kaitan (dengan isu dibangkitkan CAAM).”

Menurutnya, siasatan awal mendapati juruterbang itu mempunyai lesen penerbangan sah, manakala pesawat memiliki perakuan pendaftaran serta kelayakan terbang sah, selain disahkan layak terbang sebelum nahas berlaku.

Loke memaklumkan laporan awal siasatan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok, manakala laporan akhir pula perlu disiapkan dalam tempoh setahun dari tarikh nahas berlaku.

Susulan nahas itu, CAAM menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap helikopter BO-105 lain milik Layang Layang pada 9 dan 10 Sept lalu, disusuli pemeriksaan ke atas pesawat lain yang menggunakan enjin Rolls-Royce RR250 sama dari 10 hingga 12 Sept.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pesawat itu memenuhi keperluan penyelenggaraan dan dibenarkan beroperasi semula selepas CAAM berpuas hati dengan pemeriksaan diperlukan serta kerja pembetulan dilaksanakan sepenuhnya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.