ESPNOhtani 'considerably' healthier, expected back in Dodgers' lineup WednesdayThe Jerusalem PostChina's US ambassador warns about 'red lines' ahead of Trump, Xi meetingESPN DeportesCaitlin Clark y Kelsey Mitchell lideran triunfo de Fever ante LynxInquirerCalapan City launches citizen registry projectUOLLíder opositora é impedida de retornar à VenezuelaThe Hollywood ReporterFormer Miramax Exec Munika Lay Teams With Indie Producer Toni Wang to Launch Luna MediaRapplerAuditors flag gaps, missing docs in OVP’s P168-M disaster aidRMF24Stygmaty, śledztwa i cuda. Kim naprawdę był Ojciec Pio?CNN BrasilTRE-RJ libera candidatura de Rueda por unanimidade3DNewsВ Китае доля угольной энергетики впервые опустилась ниже 50 % по итогам первого полугодияMalay MailUpgraded Asean trade deal brought forward to end-2026, says Singapore DPMسكاي نيوز عربيةالرئيس الإيراني يصل إلى نيويورك
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Tiong gesa tindakan tegas peserta MM2H salah guna program

Translate

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menggesa tindakan tegas diambil terhadap peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang menyalahgunakan program itu, termasuk menjalankan perniagaan secara haram.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) meminta Jabatan Imigresen memperketat pemantauan terhadap peserta MM2H, khususnya mereka yang tidak memenuhi syarat untuk menjalankan perniagaan, tetapi masih terlibat kegiatan perniagaan di negara ini.

“Semoga semua pihak terus memberi kerjasama bagi memperkukuh pelaksanaan program MM2H demi kepentingan dan manfaat bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Di bawah peraturan semasa MM2H, hanya peserta kategori platinum dibenarkan bekerja, melabur atau menjalankan perniagaan. Peserta kategori emas, perak serta zon ekonomi atau kewangan khas perlu mendapatkan pas sesuai jika ingin bekerja atau berniaga.

Tiong berkata, beliau mempengerusikan mesyuarat MM2H hari ini yang turut membincangkan isu kelewatan tapisan keselamatan serta tempoh semakan tidak konsisten, di samping menangani kes peserta terbabit kegiatan menyalahi undang-undang.

Semua permohonan MM2H perlu melalui saringan keselamatan polis. Pemohon berusia 18 tahun ke atas juga wajib mengemukakan sijil kelakuan baik atau dokumen setara.

Tahun lalu, Motac mengumumkan polis menemu bual bakal peserta MM2H secara rawak sebagai langkah tambahan tapisan keselamatan.

Program MM2H diperkenalkan pada 2002 bagi membolehkan warga asing tinggal di Malaysia dalam jangka panjang. Ia digantung pada Ogos 2020 untuk semakan sebelum diperkenalkan semula dengan syarat baharu.

Peserta wajib meletak deposit tetap dan membeli hartanah kediaman, dengan jumlah bergantung kepada kategori disertai mereka.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.