Daily MaverickARTFUL REPOSE: At home with African art: resting in a museum of creative repairInquirerNKTI’s 12-story extension ‘operational’ by 2028The Jerusalem PostRequests for sexual assault support jump 28% as survivors face treatment backlog한겨레경찰, ‘선거법 위반 혐의’ 성주군수 휴대폰 압수수색Inquirer EntertainmentKlea Pineda reveals wedding talks with Janella Salvador: ‘Beach wedding’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüABD’de dijital kaos! Uçuşlar durdu, bankalar aksadıNHK 社会【動画】Pickup NEWS(11月18日)The Sydney Morning HeraldBuilding Bad royal commission LIVE updates: Bikie Joel Leavitt says dull safety paperwork was easier after ‘a big line’ of cocaineNew Straits TimesCourt overturns adoption order involving foreign nationalQuemEx-BBB Eslovênia celebra seus 30 anos e avalia: 'Toda escolha exige renúncias'HabertürkAşıklar ilk kez görüntülendi
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Bekas exco dipecat tarik balik saman kerajaan N Sembilan

Translate

Cabaran undang-undang 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berhubung pembatalan pelantikan mereka berakhir secara mengejut selepas mereka menarik balik saman susulan peletakan jawatan Menteri Besar Ismail Lasim.

Bagaimanapun, penarikan balik itu melibatkan kos apabila Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan 10 Adun berkenaan membayar RM48,000 kepada responden.

Hakim Ros Mawar Rozain membatalkan saman itu tanpa kebenaran untuk memfailkannya semula dan memerintahkan plaintif membayar RM20,000 setiap seorang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Zafir Ibrahim, dan kerajaan Negeri Sembilan, serta RM8,000 lagi kepada Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

“Litigan berhak menarik balik tindakan undang-undang mereka dan kami tidak akan menghalang perkara itu,” katanya ketika prosiding secara dalam talian.

Hakim juga menyuarakan kebimbangan terhadap sumber mahkamah yang telah digunakan untuk mendengar pelbagai permohonan segera sejak beberapa bulan lalu.

Pada awal prosiding hari ini, peguam Hafarizam Harun, yang mewakili bekas anggota Exco itu, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik saman berkenaan kerana perkembangan semasa menyebabkan saman itu tidak lagi relevan.

“Merujuk kepada duluan kes, apabila menteri besar meletakkan jawatan, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri beliau juga perlu berundur,” katanya.

Hakim mencelah dengan menyatakan bahawa laporan menunjukkan Ismail belum meletakkan jawatan dan beliau juga bukan pihak dalam prosiding itu.

Hafarizam menjawab bahawa anak guamnya masih menunggu titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung peletakan jawatan Ismail itu.

Beliau turut memohon maaf kepada hakim kerana hanya memaklumkan penarikan balik saman itu pagi ini, selepas menulis surat kepada mahkamah semalam untuk memohon penangguhan lanjut.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan peguam pihak responden dan beliau memberi aku janji bahawa tiada permohonan baharu akan difailkan.

Pada Isnin, Ros Mawar membenarkan 10 Adun itu — lapan daripada Barisan Nasional (BN) dan dua daripada Perikatan Nasional — mendapatkan penangguhan sehingga hari ini bagi memberi mereka masa meneroka kemungkinan penyelesaian secara baik dengan pihak responden.

Menurut BN, Ismail meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada Isnin.

Peguam Cyrus Das, yang mewakili setiausaha kerajaan negeri, menegaskan bahawa tiada lagi saman boleh difailkan susulan penarikan balik itu, termasuk permohonan untuk semakan kehakiman.

Sepuluh bekas exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Okt lalu dengan menamakan setiausaha kerajaan negeri dan kerajaan negeri sebagai responden.

DKU ditambah sebagai responden ketiga, selepas permohonannya untuk mencelah dibenarkan.

Pihak responden berhasrat mencabar kesahihan saman pemula itu dengan berhujah 10 bekas exco terbabit sepatutnya mengambil tindakan undang-undang melalui semakan kehakiman.

Semua bekas exco itu memohon deklarasi mahkamah bahawa warta kerajaan negeri yang membatalkan pelantikan mereka tidak sah dan terbatal. Mereka turut menuntut ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka kehilangan jawatan selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan mereka susulan dakwaan penyingkiran baginda April lalu adalah sah dan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar menjadi pemerintah baharu.

Pihak istana mendapati tindakan mereka memungkiri sumpah taat setia kepada pemerintah dan institusi diraja.

Abdul Rashid Ismail dan empat lagi peguam mewakili setiausaha kerajaan negeri, manakala Razlan Hadri Zulkifli dan Marisa Regina Aris Rizal mewakili kerajaan negeri.

Steven Thiru, Shafrin Halim dan dua lagi peguam mewakili DKU.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.