CNN TürkTarihte bir ilk: Harvard’ın ilk Türk dekanı olduPunchFG, Niger Basin Authority push for faster water projectsThe Jerusalem PostHind Rajab Foundation asks ICC to investigate Israeli doctors over alleged Sde Teiman tortureInquirerBohol poverty incidence down 39.2 points in 25 yearsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFColliderQuentin Tarantino Hated This James Bond Classic, but It's Officially Streaming on Prime VideoUOLAcordo de Trump e Putin sobre combustíveis atropela sanções e volta a expor vulnerabilidade da EuropaStraits Times SportDavid Puig leaves LIV as Bryson DeChambeau reportedly eyes Europe startsسكاي نيوز عربيةكيماوي الجيش السوداني وتدخلات الخارج على الطاولة الإفريقيةMyJoyOnlineLivestream: Newsfile discusses World Cup visa scandal, beach demolitions, education strikes, BRICS bidESPN CricinfoSaleem bags four as Afghanistan bowl Bangladesh out for 346VilaWebNou matí amb problemes a Rodalia: un robatori de cable entre Mollet i Montmeló causa incidències en quatre línies
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 10, 2026

3 maut dalam serangan di lapangan terbang Riyadh

Translate

Tiga terbunuh dalam dua serangan pada Khamis ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Riyadh dan sebuah pesawat Saudia Airlines, menurut Arab Saudi pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dalam kenyataan di X, serangan pertama menyasarkan kemudahan lapangan terbang manakala serangan kedua mengena pesawat milik syarikat penerbangan negara itu.

Pasukan tindak balas kecemasan pantas bertindak balas terhadap serangan yang turut mencederakan ‘sebilangan rakyat dan penduduk pelbagai negara,’ kata pihak berkuasa.

Mangsa yang sebahagiannya parah segera dibawa ke hospital untuk rawatan, menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa serangan juga menyebabkan beberapa kerosakan material.

Pegawai turut mengumumkan penyambungan semula aktiviti operasi di lapangan terbang dan trafik udara.

Penyiar milik kerajaan TV Al Ekhbariya melaporkan operasi di lapangan terbang itu disambung semula setakat 6 petang waktu tempatan (1500 GMT) pada Khamis.

Dalam satu kenyataan berasingan, Saudia Airlines mengesahkan bahawa insiden itu ‘menyebabkan kerosakan pada salah satu pesawatnya semasa ia berada di landasan lapangan terbang’ sambil menambah bahawa tiada penumpang di dalam pesawat ketika kejadian.

Serangan menyebabkan seorang kakitangan maut, kata syarikat penerbangan itu sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang dikenal pasti sebagai Kapten Hamoud Ali Alkalthami.

Syarikat penerbangan berkenaan menyatakan penghargaan serta mengiktiraf sumbangan beliau.

Pihak berkuasa Arab Saudi tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan pelanggaran itu namun ia berlaku di tengah-tengah peningkatan semula pertempuran antara tentera kerajaan Yaman dan Houthi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.