The Jerusalem PostOne dead, 12 injured in partial building collapse in BrooklynPunchOsinbajo, Olanipekun, NBA president honour retiring OsipitanCNN Türk7 yıllık kayıp dosyasında 6 gözaltı한겨레안철수 “한동훈 복당? 물귀신 행태…차라리 창당을”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioThe Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Accused double murderer, former NSW Police officer returns to witness box after judge sends jury home due to to ‘unexpected issue’경향신문[속보]이 대통령, 3박4일간 필리핀·중국 순방…아세안·APEC 정상회의 참석매일경제“AI주 더 갈까, 꺾일까”…‘몸값 1.4조 달러’ 앤트로픽 상장에 투심 달렸다Vanguard2027 Elections: Beyond INEC, 375 Judges’ integrity under trialGolem.deZweite Affäre: Nvidia erwägt offenbar Jensen Huangs AbsetzungLenta.ruВ США подали тысячи исков против производителей «Оземпика»BillboardAriana Grande & Ricky Alvarez Make Red-Carpet Debut at ‘Focker-in-Law’ NYC Premiere: See Photos
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Anggota polis putus pergelangan tangan ditetak warga asing

Translate

Seorang anggota polis putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong, petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 4 petang berhubung kejadian seorang lelaki berada dalam keadaan tidak stabil dan bertindak mengamuk.

Beliau berkata susulan laporan itu, sepasukan polis bersama-sama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) digegaskan ke lokasi untuk membantu mengawal keadaan.

“Ketika pintu rumah itu dibuka, suspek telah bertindak menyerang anggota polis berkenaan dengan dua parang menyebabkan seorang daripada anggota polis lelaki Cawangan Kereta Peronda (MPV) IPD Gombak yang berusia 26 tahun dan berpangkat Lans Koperal putus pergelangan tangan kanan, selain turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya pada sidang media di Hospital Selayang di sini malam ini.

Shazeli berkata beberapa anggota bomba dan petugas KKM juga dilaporkan mengalami sedikit kecederaan akibat insiden itu.

Beliau berkata suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum berjaya dikesan berada di sebuah taman permainan berhampiran pada 8 malam.

“Ketika polis cuba menahan lelaki itu, dia telah bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan bagi anggota polis mempertahankan diri.

“Suspek disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Shazeli berkata anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Selayang dan telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan tangan kanannya yang terputus dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, kes berkenaan turut tular melalui media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.