ESPN DeportesAtlante no encontró respuesta y Pachuca escapó con la goleadaPunchTrump jets to Ireland for golf tournament, PM talksThe Jerusalem PostSyrian national indicted for aiding 2025 Berlin Holocaust Memorial stabbingESPNJeter reunites with 9/11 victim's daughter as Yanks pay tribute in ceremonySouth China Morning PostUS wants Taiwan to ‘serve as cannon fodder’ against mainland China: state broadcaster CCTVSözcüAnkara'da uyuşturucu operasyonu; 1 tutuklamaDigital SpyExclusive: Emmerdale's Beth Cordingly responds to "tough" Ruby and Caleb changeRapplerQ&A: Could AI really kill off humanity within the decade?النهارمصر تدخل سباق اعتراض المسيّرات... طائرة جديدة تُخفّض كلفة الدفاع매일경제“이게 왜 여기사 나와?”…국밥 먹다가 나온 북한 담배공장 비닐, 점주도 ‘갸우뚱’الشرقكوريا الشمالية تطلق عدداً من الصواريخ قصيرة المدى باتجاه البحرWirtualna PolskaAI pomagał w budowie projektów wojskowych. Nowy raport
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Gempa bermagnitud 6.5 dekat Jakarta, gegaran dirasai di Jawa, Sumatera

Translate

Gempa bumi bermagnitud 6.5 dikesan berhampiran Kepulauan Seribu, Jakarta pada awal pagi Sabtu, dengan gegaran dirasai di ibu negara Indonesia itu, Jawa dan Sumatera.

Pengarah Gempa serta Tsunami Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Wijayanto berkata gempa bumi itu berlaku pada 4.23 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata, pusat gempa di Laut Jawa, 69km timur laut Kepulauan Seribu, Jakarta, pada kedalaman 368km.

“Dengan mengambil kira lokasi pusat gempa dan kedalaman hipopusatnya, gempa bumi dalam itu disebabkan aktiviti intraslab,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pemodelan tsunami tidak menunjukkan ancaman.

Gempa bumi itu berlaku kurang 10 jam selepas gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Laut Banda di timur Indonesia pada 6.56 petang Jumaat.

Wijayanto berkata, gegaran paling kuat daripada gempa itu dilaporkan di bahagian Banten dan Jawa Barat, serta Tanggamus di selatan Sumatera. Gegaran itu cukup kuat untuk dirasai dalam rumah dan boleh menyebabkan tingkap dan pintu bergegar.

Menurutnya, gegaran itu juga jelas dirasai dalam rumah di Tanjung Priok, Jakarta dan beberapa kawasan lain, manakala gegaran lebih lemah dilaporkan sehingga Yogyakarta dan Malang di Jawa serta Padang dan Kepulauan Mentawai di barat Sumatera.

Antara kawasan melaporkan gegaran paling kuat ialah Pandeglang di Banten, yang terletak di sepanjang Selat Sunda berhampiran Anak Krakatau, di mana aktiviti letusan gunung berapi bermula minggu lalu.

Bagaimanapun, Wijayanto berkata, gempa bumi pada Sabtu ini berpunca daripada tektonik, dengan BMKG melaporkan tiada gegaran susulan setakat 5 pagi.

Sementara itu, KAI Commuter dalam catatan media sosial memaklumkan perkhidmatannya dihentikan buat sementara bagi membolehkan pemeriksaan menyeluruh landasan kereta api.

Menurut syarikat itu, perkhidmatan di laluan Bogor, Cikarang, Rangkasbitung dan Tanjung Priok disambung semula selepas pemeriksaan selesai pada 5.26 pagi, diikuti laluan Tangerang pada 5.45 pagi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.