InquirerGroups on martial law abuses: Never againוואלהשרי החוץ של ה-G7 קוראים לאיראן: הפסיקו את חימוש החות'ים ואת התמיכה בהםESPNDart's injury hinders Giants as Stafford, Rams pick up MNF winESPN Deportes¿Quiénes son las favoritas al título de la Champions League Femenina?한겨레지방 재원 줄이는 미래대응기금에 TK 모두 반발The Jerusalem PostNetanyahu to only speak at UN during US visit, no meetings with Trump, Musk scheduledCNN TürkALTIN FİYATLARI 22 EYLÜL CANLI | Gram altın ne kadar, çeyrek altın kaç TL? Kapalıçarşı altın fiyatları alış-satış tablosu!SözcüAKP’den manidar SPK paylaşımı: Görev ve yetkileri sıralandıUOLJurista Wálter Maierovitch defende fim das atribuições penais do STFسكاي نيوز عربيةالضوء أثناء النوم يرتبط بارتفاع خطر أمراض القلبThe Sydney Morning HeraldFallout with star leaves NRL with no pre-game entertainment for grand finalEuronewsSaint Pierre and Miquelon: France’s tiny outpost that relies on Canada
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

Kamalanathan gesa pengesahan bertulis syarat ekuiti Bumiputera untuk pusat tuisyen

Translate

Bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan pengesahan bertulis bahawa syarat ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi pusat tuisyen telah dimansuhkan.

Mengalu-alukan keputusan KPM untuk memansuhkan syarat itu, Kamalanathan berkata kementerian perlu menjelaskan sama ada perubahan tersebut terpakai bagi permohonan baharu dan pusat sedia ada yang ingin perbaharui lesen.

Beliau turut menggesa kementerian mengemas kini semua garis panduan berkaitan di portalnya bagi mengelakkan kekeliruan.

“Keputusan kementerian untuk memansuhkan syarat ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi institusi pendidikan swasta di bawah bidang kuasanya… adalah keputusan yang tepat untuk pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamalanathan turut berkata pusat tuisyen sepatutnya dinilai berdasarkan kualiti guru, keselamatan pelajar dan hasil pembelajaran, bukannya berdasarkan komposisi etnik pemegang saham mereka.

Bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berterima kasih kepada KPM dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kerana mendengar pandangan pengendali, ibu bapa dan pihak berkepentingan, serta memastikan sektor pendidikan kekal terbuka kepada mereka yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Semalam, KPM berkata ketetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30% ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta bawah kementerian itu.

KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Isu ini timbul awal minggu ini selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendedahkan garis panduan KPM yang didakwa mensyaratkan pusat tuisyen mempunyai 30% ekuiti Bumiputera untuk memperbaharui lesen tahun depan.

Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka mempersoalkan kewajaran mewajibkan perniagaan sedia ada — ada yang beroperasi berpuluh tahun — untuk melepaskan 30% pemilikan mereka demi meneruskan operasi.

Sarjana bebas, Sharifah Munirah Alatas, pula berpendapat, dasar itu berisiko menimbulkan sentimen perkauman dalam sektor pendidikan dan tidak semestinya menggalakkan keusahawanan Bumiputera tulen.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.