וואלהאירוע ירי בטמרה - חשוד נעצרCNN TürkİSTANBULKART 1 TL ÖĞRENCİ ABONMAN BAŞVURUSU 2026| İBB aylık 1 TL öğrenci abonmanı başvurusu nasıl yapılır, kimler başvurabilir?PunchFlood alert: Lagos orders vulnerable residents to relocateESPN DeportesMéxico apunta a Monterrey para jugar en noviembreInquirerVP trial Day 28: Defense to cross-examine SEC execBollywood HungamaThe Vvaan makers acquire sync rights after Sargam Vaish’s copyright claim over ‘Aigiri Nandini’ESPNDart's injury hinders Giants as Stafford, Rams pick up MNF winInquirer EntertainmentAnne Curtis responds to ‘retokada’ claims, comments about daughter DahliaSözcüÖdülü duyan sokak sokak aramaya çıktı: 3 milyon lira verilecekBusiness AMDe oorlogen in Oekraïne en Iran bewijzen hoe hard moderne oorlogsvoering is veranderd20 MinutenRettungshund Tsunami erhält zum Ruhestand eine StatueCumhuriyet2026 KYK burs ve kredi başvuruları ne zaman başlayacak? GSB başvuru tarihleri, şartları ve e-devlet adımları
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

Cabaran Badan Peguam bantah pengampunan Najib 2024, mahkamah putus pada Januari

Translate

Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 7 Jan depan berkait cabaran Badan Peguam terhadap keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) pada 2024 yang memotong hukuman penjara bekas perdana menteri, Najib Razak dan pengurangan denda kes SRC International.

Keputusan itu dibuat selepas LPWP memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib minggu lalu, yang membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Peguam Badan Peguam Rajpal Singh Ghai, berkata pendaftar Mahkamah Rayuan memaklumkan kepada pihak terlibat mengenai tarikh keputusan 7 Jan itu kira-kira dua minggu lalu, sebelum LPWP memberikan pengampunan bersyarat terbaru kepada Najib.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Lim Chong Fong, Azhahari Kamal Ramli, dan Leonard David Shim mendengar rayuan Badan Peguam pada 31 Julai , berhubung keengganan Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran untuk semakan kehakiman.

Badan Peguam berhasrat membatalkan keputusan dibuat 2024 itu, selain mendapatkan pengisytiharan bahawa ia tidak sah, tidak mengikut Perlembagaan, dan terbatal.

Ketika pendengaran tersebut, peguam Yeo Yang Poh berhujah kebertanggungjawaban merupakan tonggak utama sistem keadilan, dan keputusan LPWP sepatutnya tertakluk penelitian kehakiman.

“LPWP mesti bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi, keputusannya mesti tertakluk kepada semakan kehakiman dan pintu mahkamah tidak sepatutnya ditutup,” katanya.

Yeo berkata, ambang untuk mendapatkan kebenaran adalah rendah dengan Badan Peguam telah mengemukakan kes yang mempunyai asas hujah serta bukannya remeh atau menyusahkan.

Bekas presiden Badan Peguam, Zainur Zakaria, berhujah pindaan Perlembagaan pada 1994 telah menghapuskan kuasa budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan fungsi Perlembagaannya.

Beliau merujuk Perkara 40(1A) menghendaki baginda bertindak mengikut nasihat apabila menjalankan fungsi tersebut.

Membantah rayuan berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, berkata Mahkamah Tinggi wajar menolak kebenaran kerana perkara itu tidak boleh diadili di mahkamah.

Beliau berkata, cabaran itu menyentuh hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Peguam Najib, Shafee Abdullah, menyokong hujah kerajaan sambil menegaskan keputusan akhir mengenai pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, manakala ahli lembaga hanya mengemukakan pandangan mereka.

LPWP mengurangkan hukuman asal penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta, pada Januari 2024.

Di bawah pengampunan bersyarat minggu lalu, Najib mesti mematuhi syarat dikenakan atau berdepan risiko pengampunan itu dibatalkan dan beliau dihantar semula ke penjara.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu akan menentukan sama ada Badan Peguam boleh meneruskan cabaran substantifnya terhadap keputusan pada 2024 berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.