PunchI’d love to play in La Liga one day – RayaESPN DeportesLiga MX: Panorama rumbo a la Liguilla Apertura 2026InquirerTaal Volcano logs 2 more minor phreatomagmatic eruptionsESPN🏠 Inside the home of LeBron and Savannah JamesThe Jerusalem PostUS Supreme Court reverses Trump administration push to restrict treatment for transgender inmatesRTP DesportoLiga dos Campeões. Sporting derrotado em casa pelo LASK Linz한겨레K리그2 전남, 구단 내 주취폭력 가해자 “즉각 퇴단 조치”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLBatalhão voltado a coibir roubo em SP chega a um mês com 8.000 abordagens, 67 presos e sete celulares apreendidosSky TG24Ancona, truffa e corruzione in appalti post sisma, 51 indagatiBusiness AMRegering verwacht deze week geen akkoord meer over de begrotingSportstarNew Zealand vs India LIVE streaming info: When, where to watch NZ v IND 1st T20I? Venue; Toss timing
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 22, 2026

Penjawat awam langgar arahan guna Waze berdepan tindakan disiplin

Translate

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Beliau berkata pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar itu, dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.

“Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing.

“Tetapi apa pun, pelanggaran mana-mana arahan oleh KSN, ia membawa implikasi dari sudut tindakan disiplin,” katanya dalam taklimat mengenai isu-isu semasa keselamatan negara.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa seluruh warga perkhidmatan awam segera menghentikan penggunaan Waze bagi memastikan data pergerakan tidak terus dieksploitasi pihak luar.

Selain itu, Raja Nushirwan berkata kerajaan mengambil pendekatan berfasa berteraskan pendidikan awam, demi mengimbangi antara tuntutan keselamatan data negara dan hak kebebasan memilih rakyat.

Beliau berkata langkah untuk tidak mengenakan sekatan serta-merta ke atas aplikasi itu, bertujuan memberi kefahaman secukupnya kepada masyarakat mengenai risiko keselamatan sebelum membuat keputusan sendiri.

“Bagi pihak kerajaan, kita kena sentiasa mengimbangi isu-isu keselamatan dengan isu-isu hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan juga kebebasan memilih.

“Dengan cara yang kita ambil ini, kita serahkan kepada rakyat Malaysia untuk memilih secara sendiri,” katanya.

Beliau berkata keberkesanan pendekatan dilaksana ini akan dinilai dari semasa ke semasa, sebelum sebarang pertimbangan atau tindakan susulan diambil pada masa hadapan mengikut keperluan keselamatan semasa.

Raja Nushirwan berkata tindakan tergesa-gesa mengharamkan aplikasi berkenaan, dikhuatiri memberi isyarat negatif terhadap ekosistem pembangunan aplikasi lain dan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara secara menyeluruh.

“Kita mengambil pendekatan berfasa, ini yang pertama, dan kita akan menilai sejauh mana ia berkesan. Selepas itu, kita akan lihat sama ada tindakan lanjut diperlukan atau sebaliknya.

“Kalau kita terus mengambil langkah untuk halang Waze, signal yang diberikan dalam konteks pembangunan aplikasi-aplikasi lain dan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pun mungkin terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai mengambil langkah proaktif menyahpasang Waze dan beralih kepada platform alternatif tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu, mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Sehubungan dengan itu, perdana menteri turut menyarankan seluruh rakyat Malaysia menghentikan kebergantungan terhadap aplikasi berkenaan demi jaminan perlindungan data peribadi yang lebih kukuh.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.