InquirerUndas 2026: Bulacan dogs get Halloween pamperingPunchIkogosi Marathon to groom 10 Ekiti athletesCNN TürkMeclis'te 2027 bütçe mesaisi başlıyor! İşte kasım ayında ekonomi gündemiBollywood HungamaHimesh Reshammiya confirms plans to turn director: “It would collect Rs. 100 cr on day of release!”; wishes to become a superstar actor: “Amitabh Bachchan’s 13th film was a hit; I have done 12 films until now...”The Jerusalem PostShin Bet accused of coercing Gaza targets into deadly strikes to spare families - reportDaily MaverickHEART FOR ART: Award-winning artist Annette Kamfer paints her way back after Parkinson’s diagnosis한겨레박경리 탄생 100주년…토지 무대 ‘하동 평사리’ 방문객 증가ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCollider‘Resident Evil’ Officially Unleashes a Double Dose of Horror on NetflixDaily MailWave of unrest breaks out across Europe: Protesters firebomb police and loot stores as violence grips France, Germany and Albania on HalloweenVanguardObi accuses Tinubu of neglecting Imo, cites insecurity, povertyNHK 社会茨城 鹿嶋 インドネシア国籍男性4人か 海に転落 2人行方不明
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Jabatan Imigresen minta maklumat dakwaan penyelewengan Pas Khas

Translate

Jabatan Imigresen meminta individu yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung dakwaan penyelewengan pengeluaran Pas Khas membabitkan beberapa pegawainya di Kuala Lumpur, supaya tampil membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, maklumat itu boleh disalurkan terus kepada Jabatan Imigresen atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

“Penyaluran maklumat secara terus kepada pihak berkuasa amat penting, bagi memastikan kerahsiaan maklumat dan integriti bahan bukti dapat dipelihara,” katanya dalam kenyataan.

“Pendedahan maklumat berkaitan kegiatan yang disyaki menyalahi undang-undang secara terbuka sebelum disalurkan kepada pihak berkuasa, dikhuatiri boleh menyebabkan pihak terlibat menghentikan kegiatan, mengubah modus operandi atau menghapuskan bahan bukti, sekali gus menyukarkan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan.”

Zakaria berkata, Jabatan Imigresen sentiasa terbuka menerima maklumat berkaitan salah laku pegawai dan memberi jaminan setiap maklumat yang diterima akan diteliti serta disalurkan untuk tindakan mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa.

Katanya, Jabatan Imigresen memandang serius dakwaan berkenaan penyelewengan pengeluaran Pas Khas dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran integriti oleh pegawai jabatan itu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Sebagai bukti komitmen memperkukuh integriti dan akauntabiliti, Zakaria berkata, sebanyak 849 pegawai Imigresen dikenakan tindakan tatatertib secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, termasuk 73 pegawai dibuang kerja.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, 96 pegawai dikenakan tindakan tatatertib, termasuk 18 dibuang kerja.

“Statistik ini mencerminkan ketegasan Jabatan Imigresen dalam mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati melakukan pelanggaran tatatertib, tanpa mengira pangkat atau kedudukan,” katanya.

“Jabatan Imigresen akan terus memperkukuh aspek integriti, pematuhan prosedur dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan setiap urusan perkhidmatan dilaksanakan secara telus, teratur dan berlandaskan undang-undang.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.