The Jerusalem PostTrump's close ties to Nvidia's Huang scrutinized after foreign intelligence concernsInquirerLeni Robredo ‘definite’: Not seeking national post in 2028Daily MaverickOP-ED: Get the right things done — How to make time for what matters mostHet Laatste NieuwsPlan voor ‘CO2-snelweg’ van Zeebrugge naar Noorwegen voorlopig afgevoerdSözcüPencere kenarında kibrit yakmaya başladılarChannel News AsiaUS-mediated talks with Russia and Ukraine to start in Abu DhabiLenta.ruРоссиян предупредили о новых возбудителях урологических инфекцийHabertürkÇelik fabrikasında facia: 17 ölü!CNN بالعربيةنائب جمهوري يتوقع عزل هيغسيث قبل نهاية العام: الديمقراطيون لن يكونوا مهذّبين معه.. وترامب يردScreen RantStephen King’s Hit Sci-Fi Show Feels Like A Philip K. Dick Adaptation In Season 2BBC NewsThe Papers: 'Brand jailed for 10 years' and 'shamed star caged'El ComercioPrecio del dólar en Perú hoy, martes 10 de noviembre: cuál es el tipo de cambio del día
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Polis buka 18 kertas siasatan berkait kempen PRN Melaka

Translate

Sebanyak 19 laporan polis diterima melibatkan beberapa kesalahan antaranya khianat, khianat menggunakan api dan pergaduhan dalam tempoh 11 hari kempen PRN Melaka ke-16, bermula 31 Okt lepas.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Kebanyakan kertas siasatan tersebut dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan kianat dan Seksyen 435 KK iaitu khianat dengan api melibatkan tindakan membakar bendera.

“Selain itu, terdapat juga kesalahan hasutan dan ugutan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan tanggungawab sebagai pengundi awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

Beliau berkata situasi kempen sepanjang tempoh itu juga tenang dan terkawal dengan tiada insiden kekacauan dilaporkan.

Dzulkhairi berkata 669 anggota digerakkan di lapangan untuk memantau perjalanan kempen PRN Melaka ke-16 bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Mengulas persiapan menjelang hari pengundian pada 14 Nov ini, beliau berkata sebanyak 3,332 anggota polis akan ditugaskan termasuk pemantau proses pengundian di semua pusat mengundi di negeri itu.

Beliau berkata Pasukan Cantas juga akan digerakkan pada hari berkenaan dan memberi amaran polis tidak akan teragak-agak untuk membuat tangkapan sekiranya berlaku kekecohan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penyokong parti politik supaya menjaga tingkah laku dan mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang bentuk ugutan atau paksaan terhadap pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRN Melaka ke-16 hari ini, manakala hari pengundian pada 14 Nov.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.