ESPN'We're a really hard team to beat': Brewers prove their way can take down anyone -- even the DodgersThe Jerusalem PostNetanyahu must agree to debate Eisenkot as it's only way for voters to get answers - editorialInquirerNBI probes links of businessman Jaime T. Cruz to Duterte familyESPN DeportesAsí vivimos Guardians vs. Rays, J2 Serie de Campeonato한겨레[속보] 외교·통일·국방·금융위 등 44개 정부기관, 2031년까지 세종 간다Bollywood HungamaSCOOP: Playback sensation Heer of Batwara 1947 and Peddi fame to make acting debut in Imtiaz Ali and Mahaveer Jain’s Side HeroesCNN TürkSON DAKİKA! Etimesgut Belediyesi'ne 2. operasyonDeadline‘World’s Most Evil Prisoners’ Becomes Radial Original For Season 4ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCapital FMUN adopts pandemic declaration as US, Israel and Argentina vote againstHet Laatste NieuwsPolitieagent overleden bij incident in Jette, ook dode bij schietpartij in ElsenePinkvillaBreaking Bad Actor RJ Mitte Passes Away at 34 in Brownsville, Texas
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Kelangsungan ummah perlu kepimpinan adil, utamakan rakyat

Translate

Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Seminar Antarabangsa Islam dan Kelestarian Ummah 2026 di Kangar, semalam. (Gambar Facebook)
KANGAR:

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kelangsungan ummah memerlukan kepimpinan berani menegakkan kebenaran serta berlaku adil dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Baginda bertitah, kepimpinan berkesan bukan sekadar bergantung kepada kedudukan atau kuasa, sebaliknya terserlah melalui keupayaan membimbing dan menyatukan masyarakat serta membawa mereka ke arah kesejahteraan bersama.

Raja Muda Perlis turut menekankan perkembangan dunia semakin kompleks menuntut pendekatan menyeluruh dengan penglibatan semua pihak, termasuk institusi pendidikan, pihak berkuasa, badan agama, sektor industri, pertubuhan masyarakat dan rakyat.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing secara saling melengkapi bagi memperluas peluang, mempercepat penyelesaian terhadap pelbagai cabaran serta mewujudkan persekitaran kondusif untuk kemajuan bersama,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah demikian semasa berkenan menyempurnakan perasmian Seminar Antarabangsa Islam dan Kelestarian Ummah 2026 di sini, semalam.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kesepaduan antara ilmu agama dengan bidang ilmu semasa, khususnya sains dan teknologi amat penting dalam melahirkan generasi berwawasan, berakhlak mulia, kreatif serta berdaya saing dalam mendepani cabaran dunia moden.

Baginda bertitah ilmu agama berperanan sebagai panduan dalam membentuk nilai, akhlak dan tujuan kehidupan, manakala penguasaan sains, teknologi serta pemikiran moden membolehkan masyarakat memahami perkembangan dunia dan menangani pelbagai persoalan lebih berkesan.

“Kesepaduan ini akan melahirkan generasi berwawasan, kreatif, berdaya saing dan mampu menghasilkan penyelesaian baharu selaras tuntutan zaman.”

Seminar Antarabangsa Islam dan Kelestarian Ummah 2026 anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis itu menghimpunkan ahli akademik, asatizah serta pengamal industri bagi membincangkan pendekatan dan penyelesaian kontemporari untuk memperkukuh kelestarian ummah.

Seminar itu memfokuskan peranan syariah gunaan, pemikiran Islam, komunikasi dan pendidikan, di samping potensi teknologi digital, termasuk kecerdasan buatan dalam menyokong pembangunan ummah yang mampan dan berteraskan prinsip syariah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.