PRN Melaka: PKR sasar tanding 8 hingga 9 kerusi

PKR menyasarkan bertanding lapan hingga sembilan kerusi pada PRN Melaka bulan depan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, berkata Machap, Ayer Keroh dan Rembia antara kerusi dikenal pasti untuk ditandingi PKR.
Menurutnya, Pakatan Harapan dijangka mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Melaka pada 18 Okt ini.
“Kalau tidak silap saya, kita sasarkan lapan hingga sembilan kerusi, selebihnya rakan-rakan dalam gabungan kita,” katanya menurut Berita Harian pada program Jalinan Jelajah Rider Melaka di Dewan Censelor Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Durian Tunggal, Alor Gajah.
Ditanya namanya dikaitkan dengan DUN Paya Rumput, Azman berkata, beliau akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti dan tidak menolak kemungkinan bertanding di mana-mana kerusi DUN Melaka, termasuk Paya Rumput.
“Saya tidak boleh nak komen apa-apa tentang calon, saya menerima apa saja keputusan parti. Kalau disuruh bertanding di Melaka, saya akan bertanding di negeri ini, atau mana-mana kawasan pun.
“Bagi saya, Melaka tidak besar, jadi apa keputusan parti saya ikutlah,” katanya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.