InquirerMagnitude 5.5 earthquake jolts Davao OccidentalCNN TürkYatırımcıya fırsat: Altın fiyatları frene bastı!PunchPHOTOS: FG receives 180 Nigerian returnees from LibyaESPNThe joy and pain that define baseball were in full force in Rays' incredible Game 4 winInquirer EntertainmentZara Lopez cuts ties with Viva Hot Babes; speaks out vs Katya Santos, partnerZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioEgypt IndependentUN panel: Russia is committing crimes against humanity by targeting civilians in UkraineWirtualna PolskaFotowoltaika z obierków. Naukowcy z Łodzi tworzą lekkie ogniwaCNN بالعربيةلبنان.. إليسا تعلن عن هدية لجمهورها في عيد ميلادهاThe Sydney Morning HeraldThe Star on brink of collapse after $260m fineVanguardNetanyahu bloc leads after half of Israeli votes counted but no majority3DNewsИ Steam Frame не нужен: спустя шесть лет после релиза Half-Life: Alyx получила поддержку фовеального рендеринга на ПК
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Kedudukan Shuhaily dirujuk kepada AGC, kata KPN

Translate

Kedudukan Shuhaily Zain yang dipinjamkan daripada pasukan polis mengetuai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara Khalid Ismail, berkata perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, polis akan bertanggungjawab terhadap Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis dipinjamkan untuk berkhidmat di sebagai ketua pengarah AKPS.

“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan) ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut Bernama selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026, di Shah Alam.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Shuhaily masih dalam proses dimuktamad bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara berkuat kuasa.

Kementerian itu juga menegaskan kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.

KDN memaklumkan, AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

“Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin.

“Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 21 Okt, Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 28 Sept.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.