The Jerusalem PostItalian gelato champion shrugs off anti-Israel backlash fears as chain expands in IsraelCNN Türk31 ARALIK YARIM GÜN MÜ? 31 Aralık resmi tatil mi, okullar var mı yok mu?PunchLagos-bound BA plane skids off London runwaySky TG24Israele, Matan Kahana nuovo presidente della Knesset. Vicino a Eisenkot한겨레브라질 꺾었던 일본, ‘모리야스 고별전’서 파라과이에 패배ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioLa NaciónArgentina vs. Costa Rica, EN VIVO: el minuto a minuto del partidoVarietyDon Toliver Announces Sixth Album ‘Nitrous,’ Due Next MonthInfobaeChile vs. Colombia - EN VIVO amistoso internacional: se juega el segundo tiempo, siga aquí el minuto a minuto del juego en SantiagoHong Kong Free PressHongkonger arrested at Singapore airport over alleged earbud theft during earlier transitNew Straits TimesAmazon's Bezos says he helped pick Pattinson as BondThe Sydney Morning HeraldBig Build royal commission LIVE updates: Bikie Joel Leavitt says he ‘blocked out’ memories from CFMEU days due to stress of being on a gang hit list
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Kematian pemegang polisi tak lepaskan syarikat insurans daripada liabiliti

Translate

Syarikat insurans tidak boleh mengelak daripada menanggung liabiliti terhadap mangsa kemalangan jalan raya yang tidak bersalah semata-mata kerana pemegang polisi berdaftar telah meninggal dunia sebelum polisi insurans kenderaan diperbaharui, menurut Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan sebulat suara yang disampaikan Hakim Leonard David Shim, mahkamah menolak rayuan Liberty Insurance Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan mengisytiharkan polisi insurans motor pihak ketiga syarikat itu sebagai tidak sah.

Panel itu turut dianggotai Hakim Zaini Mazlan dan Aliza Sulaiman.

Kes itu berpunca daripada kemalangan pada 22 Feb 2023 yang membabitkan sebuah lori yang diinsuranskan atas nama Koay Kuan Liong, yang meninggal dunia pada Julai 2018.

Lori itu, yang dipandu anaknya, Koay Ghee Seong, bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang Munir A Hasan, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Liberty memohon supaya polisi itu diisytiharkan tidak sah atas alasan kegagalan mendedahkan kematian pemegang polisi, pelanggaran kewajipan penuh percaya mutlak, ketidakupayaan dari segi kontrak dan ketiadaan kepentingan boleh insurans.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa isu kontrak sedemikian tidak boleh mengalahkan hak berkanun pihak ketiga yang tidak bersalah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Fakta semata-mata bahawa pemilik berdaftar telah meninggal dunia dan polisi itu terus menggunakan namanya tidak, tanpa faktor lain, menjadikan insurans pihak ketiga wajib itu tidak boleh dikuatkuasakan terhadap pihak ketiga yang tidak bersalah,” kata Shim dalam alasan penghakimannya bertarikh 29 Okt.

Mahkamah turut merujuk Seksyen 101(2) Akta itu, yang memperuntukkan bahawa sesuatu polisi kekal berkuat kuasa dan boleh digunakan oleh pihak ketiga walaupun orang yang diinsuranskan telah meninggal dunia.

Shim berkata hak berkanun pihak ketiga untuk mendapatkan pampasan tidak boleh dinafikan oleh keperluan kontrak.

Mahkamah turut mendapati Liberty gagal membuat siasatan sewajarnya ketika memperbaharui polisi itu. Borang cadangan tidak ditandatangani dan tidak lengkap, namun syarikat insurans itu menerima bayaran premium serta mengeluarkan polisi berkenaan.

Mahkamah bersetuju bahawa syarikat insurans itu dianggap telah mengetepikan pematuhan terhadap kewajipan pendedahan di bawah Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

“Hak berkanun pihak ketiga untuk mendapatkan pampasan daripada syarikat insurans di bawah Seksyen 96(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak boleh dinafikan oleh kewajipan atau keperluan kontrak seperti kewajipan penuh percaya mutlak, kegagalan membuat pendedahan, ketidakupayaan untuk membuat kontrak dan kepentingan boleh insurans,” kata Shim.

Mahkamah menolak rayuan itu dan memerintahkan Liberty membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Munir.

Razlan Hadri Zulkifli dan Ahmad Naqiuddin Ramli mewakili Liberty, manakala S Parameswaran dan G Thinagara Pothuval mewakili Ghee Seong, pentadbir harta pusaka bapanya, serta Munir.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.