ESPN DeportesWarriors remontan con noche brillante de CurryInquirerSara Duterte camp rejects new cash delivery claimESPNPeralta to White Sox? Where does Skubal land? Best fits for top MLB free agentsThe Jerusalem PostSneak preview: Excerpt from ‘Fairy Lights in God’s Backyard: A Jerusalem Love Story'한겨레11월 첫날 우산 챙기세요…전국 대부분 비Inquirer EntertainmentRere Madrid gets candid about struggles, recovery after C-section: ‘Still healing’ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkHAFTA SONU ALTIN FİYATLARI | 31 Ekim altın fiyatları ne kadar, çeyrek altın kaç TL? Güncel altın fiyatlarında son durum: İslam Memiş’ten altın alacaklara uyarı!UOLPresidente da Polônia tenta entrar à força em tribunal após crise no paísХабрОсколки прошлого. Часть 2. 30 фактов из игровой индустрии за — 3 декабря 1994 года +South China Morning PostAs AI cyber risks grow, Chinese chip expert urges shared ethics standards with US rivalsBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 31-10-2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 31, 2026

Perluas dengan parti lain, Zahid ulas CSA

Translate

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berharap perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) diperluas kepada parti lain, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Katanya, beliau menyokong perjanjian itu yang disifatkan perkembangan baik dalam usaha menangani permasalahan rakyat.

“Pada hemat saya, apa yang dilakukan ini satu langkah baik dan pernah dilaksanakan kerajaan ketika wakil Umno menjadi perdana menteri sebelum ini,” katanya kepada media selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Ab Rauf Yusoh bagi kerusi Tanjung Bidara di pusat penamaan calon.

Khamis lalu, kerajaan memeterai CSA dengan enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai Presiden Muhyiddin Yassin selain Ahli Parlimen Muar dari Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pemeteraian CSA itu bertujuan memperkukuh kestabilan politik negara, selain memastikan urusan pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan agenda pembangunan, termasuk Belanjawan 2027, berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata kebimbangan kononnya MCA akan memboikot PRN Melaka tidak menjadi kenyataan apabila parti itu bersetuju bertanding empat kerusi diperuntukkan.

Beliau berkata, BN akan bekerja keras membantu MCA menang semua kerusi berkenaan, selain berusaha mengurangkan majoriti lawan di kawasan pernah ditandingi sebelum ini.

“Dalam kesepakatan ini, kita akan bekerja keras untuk memastikan semua kerusi yang kita tandingi memperoleh kemenangan, atau sekurang-kurangnya di kerusi yang kita kalah dahulu, kita dapat mengurangkan majoriti mereka,” katanya.

Zahid turut berkata, beliau akan mencadangkan Rauf sebagai ketua menteri sekiranya BN kembali membentuk kerajaan negeri.

MCA bertanding di empat kerusi DUN iaitu Kelebang, Machap Jaya, Bandar Hilir, dan Kota Laksamana.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.