InquirerNBI: Velasco, wife left PH before former aide made ‘delivery’ claimESPNOvershadowed by USMNT's talented teens, Berhalter is stealing the spotlightESPN DeportesEN VIVO: Cubs rompe No-Hitter a King en la séptima한겨레여수 아파트 화단에 신생아 시신 유기 혐의 20대 여성 체포Daily MaverickMexico’s National Guard debuts tiny Chihuahua recruitCapital FMCity Hall Deploys Heavy Machinery to Clear Northern Bypass Drainage Channels Ahead of El Niño RainsUOLLula liga ao vivo para Dino, do STF, e é questionado por Flávio BolsonaroSözcüPalu Belediye Başkanı AKP’ye geçti... Eski sözleri olay olduCNN Türk30 EYLÜL İDO-BUDO İPTAL FERİBOT SEFERİ | Bugün feribotlar çalışıyor mu, hangi feribot seferleri iptal edildi?The Jerusalem PostCanadian Jews considering immigration to US under Trump amid increasing fear of antisemitismRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara Duterteالنهاركم بلغ سعر أونصة الذهب اليوم؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Doktor gesa hospital swasta telus kendali rawatan kecemasan

Translate

Seorang doktor kesihatan awam menggesa hospital swasta mengamalkan ketelusan lebih tinggi serta meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran mengenai cara kecemasan perubatan dikendalikan.

Dr M Murallitharan berkata kebanyakan hospital awam dan swasta mempunyai prosedur kecemasan yang jelas dan lazimnya mematuhinya.

Bagaimanapun, katanya, salah faham dalam kalangan orang ramai terus berlaku akibat kurangnya ketelusan dan kesedaran.

“Hospital perlu telus dalam hal pematuhan terhadap proses ini dan sama pentingnya ialah memastikan proses tersebut disampaikan secara meluas.

“Ini bagi memastikan orang ramai tidak hilang keyakinan terhadap sistem penjagaan kesihatan kita,” katanya kepada FMT.

Murallitharan berkata demikian susulan seorang tukang kimpal dijatuhi hukuman penjara kerana menyebabkan kematian lelaki yang didakwa kekasih isterinya pada 2022.

Tukang kimpal itu berkata dia tertikam mangsa secara tidak sengaja sebelum membawanya segera ke sebuah hospital swasta, yang didakwa enggan memberikan rawatan.

Menurut Murallitharan, hospital swasta terikat di sisi undang-undang untuk memberikan langkah menyelamatkan nyawa dan menjalankan prosedur kecemasan.

Seksyen 38 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 mewajibkan semua kemudahan penjagaan kesihatan swasta berlesen berupaya memberikan langkah penting menyelamatkan nyawa serta prosedur kecemasan pada setiap masa kepada sesiapa yang memerlukan rawatan sedemikian.

“Hospital swasta diwajibkan menilai keadaan pesakit dan memberikan rawatan kecemasan segera, termasuk rawatan menyelamatkan nyawa sekiranya nyawa, organ atau anggota badan pesakit berisiko.

“Hospital ini juga mesti mengatur pemindahan pesakit ke kemudahan lain sekiranya mereka tidak mampu menyediakan rawatan berterusan,” katanya.

Murallitharan turut berkata garis panduan Majlis Perubatan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa rawatan kecemasan dan menyelamatkan nyawa perlu diberikan tanpa mengira status sosial atau kewangan pesakit.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.