InquirerITCZ, northeasterly winds to bring rain to most parts of PH ThursdayESPN DeportesJosé Ramírez, sobreviviente de la Serie Mundial de 2016 que lidera a GuardiansPunchFamily confirms death of gospel singer Toluwanisings한겨레‘장모 살해 캐리어 유기’ 조재복, 1심 징역 45년 선고ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioComplete SportsUCL: We Were Lucky To Beat Man City — PSG Coach Enrique AdmitsVanguard2027: We know how to stop Tinubu from getting second term - MomoduSBS 뉴스이 대통령 "부마항쟁과 5·18, 내란 극복 큰 의미…헌법에 새겨야"Inquirer EntertainmentJosiela Mae Lagrimas from N. Samar is PH bet to Miss IntercontinentalNHK 社会凍ったゼリーで男児死亡の民間こども園に監査 奈良 香芝CNN بالعربيةفعلا الفاحشة داخل مسجد في مكة.. السعودية تعلن إعدام رجل وامرأةCumhuriyetİstanbul'da sağanak nedeniyle aksayan metro ve tramvay seferleri yeniden başladı
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Fahami fiqah secara menyeluruh, titah Raja Muda Perlis

Translate

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah pemahaman fiqah perlu mengambil kira perbezaan pandangan ulama dan realiti semasa supaya persoalan masyarakat dapat ditangani secara adil dan bijaksana.

Baginda bertitah, pemahaman itu juga perlu berasaskan dalil dan kaedah penetapan hukum yang berpandukan al-Quran serta sunnah, tanpa mengetepikan prinsip dan tuntutan syarak.

Menurut baginda, pendekatan menyeluruh itu penting bagi memastikan masyarakat mendapat panduan agama yang jelas dan sesuai dengan keperluan semasa, sekali gus mengukuhkan keyakinan umat Islam untuk mengamalkan ajaran agama berasaskan ilmu dan hikmah.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ke-4 dan Wacana Ilmuwan Nusantara 2026 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin turut berharap persidangan itu menghasilkan resolusi dan idea baharu yang dapat disebarluaskan kepada masyarakat menerusi penulisan, penerbitan serta program keilmuan.

“Resolusi yang dicapai juga diharapkan menjadi panduan kepada pentadbiran negeri, institusi agama, para pendidik dan masyarakat dalam mendepani pelbagai persoalan semasa, sekali gus memperkukuh budaya ilmu dan membimbing ummah ke arah kesejahteraan,” titah baginda.

Persidangan dua hari bermula 14 Okt itu dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bertemakan ‘Keluasan Fiqah dalam Menangani Cabaran Semasa’.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada peranan fiqah dalam menangani pelbagai isu semasa yang semakin kompleks, termasuk perkembangan sosiopolitik dan teknologi di rantau ini.

Persidangan itu menghimpunkan ulama, mufti, ahli akademik dan ilmuwan Islam, dengan penyertaan delegasi serta pembentang dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Kemboja dan Vietnam.

Pada majlis sama, baginda turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 25 delegasi persidangan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.