InquirerGroups on martial law abuses: Never againוואלהשרי החוץ של ה-G7 קוראים לאיראן: הפסיקו את חימוש החות'ים ואת התמיכה בהםESPNDart's injury hinders Giants as Stafford, Rams pick up MNF winESPN Deportes¿Quiénes son las favoritas al título de la Champions League Femenina?한겨레지방 재원 줄이는 미래대응기금에 TK 모두 반발The Jerusalem PostNetanyahu to only speak at UN during US visit, no meetings with Trump, Musk scheduledCNN TürkALTIN FİYATLARI 22 EYLÜL CANLI | Gram altın ne kadar, çeyrek altın kaç TL? Kapalıçarşı altın fiyatları alış-satış tablosu!SözcüAKP’den manidar SPK paylaşımı: Görev ve yetkileri sıralandıUOLJurista Wálter Maierovitch defende fim das atribuições penais do STFسكاي نيوز عربيةالضوء أثناء النوم يرتبط بارتفاع خطر أمراض القلبThe Sydney Morning HeraldFallout with star leaves NRL with no pre-game entertainment for grand finalEuronewsSaint Pierre and Miquelon: France’s tiny outpost that relies on Canada
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

Melangkaui farmasi: Sebuah perjalanan penuh makna

Translate

Ketika menjadi bendahari Majlis Perwakilan Pelajar Taylor’s University, Ng Kar Weng terpilih menghadiri dialog terbuka Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) bersama bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Bagi Ng, peluang itu menjadi antara detik paling bermakna sepanjang bergelar mahasiswa.

Satu mesej kekal terpahat dalam dirinya selepas pertemuan itu: kekuatan generasi muda terletak pada kegigihan bertanya “mengapa”.

“Pemikiran itu mendorong saya mendekati cabaran dengan rasa ingin tahu, berfikir secara kritis dan mencari cara lebih baik untuk meningkatkan penjagaan kesihatan serta hasil rawatan pesakit sepanjang kerjaya saya,” kata Ng, alumnus program Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Taylor’s University.

Rasa ingin tahu itu kemudian membawa Ng daripada amalan farmasi klinikal di Malaysia kepada pengajian pascasiswazah menerusi biasiswa antarabangsa berprestij.

Kini, beliau mengikuti pengajian PhD dalam farmakometrik yang ditaja sepenuhnya di sebuah universiti terkemuka di Australia, sambil menjalankan penyelidikan untuk membantu meningkatkan keberkesanan rawatan bagi pesakit rentan.

Selepas tamat pengajian, Ng memperoleh biasiswa antarabangsa berprestij untuk pengajian pascasiswazah sebelum meneruskan perjalanan akademiknya menerusi biasiswa PhD yang ditaja sepenuhnya di sebuah universiti terkemuka di Australia. (Gambar Taylor’s University)

Asas dibina daripada pendedahan

Minat Ng terhadap farmasi bermula daripada pengalaman peribadi apabila menyaksikan datuknya bergelut dengan kanser kolorektal.

Pengalaman itu mencetuskan rasa ingin tahunya mengenai cara ubat-ubatan bertindak dalam badan.

Sepanjang di Taylor’s University, Ng mendapat pendedahan dalam farmasi komuniti, hospital tertiari dan industri farmaseutikal.

Beliau kemudian memperoleh latihan industri dengan sebuah syarikat farmaseutikal multinasional terkemuka menerusi rangkaian kerjasama industri universiti berkenaan.

Selain memenuhi tuntutan akademik, Ng turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam Persatuan Pelajar Farmasi dan Majlis Perwakilan Pelajar di Taylor’s University, dan Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia -.

Komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan pembangunan holistik mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Pingat Emas Persatuan Farmasi Malaysia–CCM pada 2017 sebagai Pelajar Farmasi Cemerlang Taylor’s.

Menurut Jason Loo, pengarah program Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), pendedahan luas itu memang menjadi sebahagian daripada pendekatan program berkenaan.

Jason Loo ialah pengarah program Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di Taylor’s University (Gambar Taylor’s Univeristy)

“Tanggapan awal kebanyakan pelajar terhadap kerjaya farmasi selalunya agak terhad. Program ini meluaskan perspektif mereka menerusi sesi kuliah, penempatan latihan, perkongsian alumni dan kerjasama industri,” katanya.

Pembelajaran turut diperkukuh menerusi penempatan klinikal, simulasi kes dan interaksi sebenar dengan pesakit.

Pendekatan itu bukan sahaja membantu membina kecekapan teknikal, malah mengasah empati, kemahiran komunikasi dan pertimbangan profesional yang diperlukan ahli farmasi masa kini.

Seiring perkembangan bidang farmasi, graduan kini turut menceburi pelbagai bidang termasuk hal ehwal regulatori, hal ehwal perubatan, akses pasaran dan penyelidikan.

Program Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Taylor’s University diiktiraf Lembaga Farmasi Malaysia dan tersenarai dalam kelompok 250 terbaik dunia bagi Farmasi dan Farmakologi dalam QS World University Rankings by Subject 2026.

Program itu turut menawarkan laluan pengkhususan dalam Advanced Pharmaceutical Industry Practice dan Cosmetic Science.

Penyelidikan berimpak nyata

Penyelidikan pascasiswazah Ng menyumbang kepada usaha mengoptimumkan rawatan bagi pesakit rentan.

Kini, kajiannya tertumpu kepada pendekatan kuantitatif untuk menambah baik penentuan dos ubat bagi pesakit pemindahan organ, sekali gus merapatkan jurang antara penyelidikan dan amalan klinikal.

“Amalan klinikal mengajar saya cara menambah baik penjagaan seorang pesakit pada satu-satu masa, manakala penyelidikan membuka mata saya terhadap potensi untuk meningkatkan mutu penjagaan ribuan pesakit lain,” katanya.

Tiga perkara merangkum perjalanan Ng di Taylor’s University: rasa ingin tahu, ketabahan dan tujuan.

Menurut Ng, setiap peluang yang diterimanya, daripada kepimpinan pelajar dan penempatan klinikal hingga penyelidikan pascasiswazah, bukan sahaja membentuk dirinya sebagai ahli farmasi dan penyelidik, malah mengukuhkan komitmennya untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit menerusi penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berkesan.

“Kejayaan bukan terletak pada gelaran yang kita peroleh, tetapi bagaimana kita memanfaatkan setiap peluang yang diberikan,” katanya.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai peranan Pusat Pengajian Farmasi di Taylor’s University dalam mempersiapkan pelajar membina kerjaya dalam penjagaan kesihatan, penyelidikan dan industri farmaseutikal di sini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.