The Jerusalem PostKushner says US working toward 'largest prisoner exchange' of Russia's war in UkraineZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio中国新闻网一张草原奶皮的逆袭:蒙古族老味道跑出富民新速度CBS NewsVan Hollen will challenge Schumer for Senate majority leaderLenta.ruУкраине предрекли гибель без миллионов мигрантовBBC 中文微軟系統全球癱瘓:Outlook、Teams、Copilot受影響The Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Former NSW Police officer, alleged double murderer’s cross-examination continues; grilled by Crown over texts to Jesse BairdNew Straits TimesMessi finalist for third straight MLS MVP awardDaily MailSeedy Russell Brand and Diddy private jet video: As rapist comedian joins rapper behind bars, the truth about their friendship is revealedGMA NewsAustralia's spy agency, federal police hit by Microsoft outageالنهاررئاسة الجمهورية ستتصدى لمن يعمل على "سقوط دم في الشارع"Het Laatste NieuwsPaus ontmoet zes slachtoffers van misbruik binnen de kerk in Peru
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 akibat masalah pelayan

Translate

Microsoft pada Khamis memaklumkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba, bukan peningkatan trafik pengguna.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Microsoft 365 Status dalam kemas kini terbaharu menerusi platform X memaklumkan gangguan itu menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur masih beroperasi.

“Kami mendapati peningkatan beban itu bukan disebabkan pertambahan trafik, sebaliknya berpunca daripada sejumlah pelayan tiba-tiba tidak dapat berfungsi,” menurut syarikat itu sambil menambah usaha sedang dijalankan untuk memulihkan operasi pelayan terjejas dengan selamat.

Gangguan itu menjejaskan akses kepada peti mel Exchange Online dan berkemungkinan perkhidmatan Microsoft 365 lain, dengan pengguna melaporkan masalah sambungan menerusi pelbagai kaedah akses.

Microsoft memaklumkan pihaknya menghentikan sementara semua pelaksanaan sistem, mengalihkan trafik daripada infrastruktur terjejas serta memulakan semula pelayan mengalami gangguan sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan.

Laman web pemantauan gangguan perkhidmatan Downdetector merekodkan lebih 97,000 laporan masalah membabitkan Outlook, lebih 38,000 aduan berkaitan Microsoft 365 dan kira-kira 4,500 laporan mengenai Teams di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, jumlah sebenar pengguna terjejas mungkin berbeza memandangkan data Downdetector berdasarkan laporan dikemukakan pengguna.

Microsoft meminta pengguna merujuk laman web status perkhidmatannya dan pusat pentadbiran Microsoft 365 untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden yang dikenal pasti melalui kod rujukan EX1550543 serta MO1550821.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.