2 maut, 5 cedera nahas di Shah Alam

Dua lelaki maut dan lima lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata Proton Wira Aeroback itu dinaiki empat lelaki tempatan berusia 19 dan 20 tahun.
“Dua daripada mereka yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, seorang wanita berusia 29 tahun serta dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora cedera ringan.
Menurutnya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Bukit Jelutong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah malam tadi.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.