PunchDelta killings: Obi demands justice for four NDC supportersThe Jerusalem PostNetanyahu, Eisenkot must put differences aside to give Israel the government it needs - editorialSky TG24Mef, il 25 novembre in asta 3,5 miliardi di Btp Short e indicizzati: cosa sapereInquirerLacson sees double flood works appropriations in 2027 budget한겨레US Democrats promise hearings on Trump’s tariffs and investment deals with Korea and othersZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkEmmy’de “Uzak Şehir” Gururu.... Sinem Ünsal ve Ozan Akbaba Kırmızı Halıda!South China Morning PostDriver who allegedly killed 1, injured 3 others in Tsim Sha Tsui crash denied bail경향신문[속보]김병기 의원 ‘뇌물수수 등 혐의’ 불구속 송치…경찰 수사 1년2개월 만에 종료SözcüSon dakika... Kartal Belediyesi'ne "rüşvet" operasyonu... 10 kişi gözaltına alındıSoompiPark Ho San, Jeon Hye Jin, And Kang Ki Young Emerge As New Villains In “Family Matters 2”Il Fatto QuotidianoÈ tempo di un nuovo assessorato alla salute comunale, più vicino ai cittadini milanesi
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Baru Bian kekal bersama PDP

Translate

Adun Ba Kelalan, Baru Bian menolak kemungkinan meninggalkan Parti Demokratik Progresif (PDP) sehari selepas dua rakan pemimpin kanannya melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

“Tidak, saya tidak meletakkan jawatan dan tiada sebab berbuat demikian,” katanya dipetik Borneo Post.

Semalam, Naib Presiden Kanan Wong Soon Koh dan Naib Presiden Johnical Rayong Ngipa mengumumkan peletakan jawatan serta melepaskan semua kedudukan dalam PDP.

Namun, mereka menekankan tetap komited kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan terus menyokong Pengerusi GPS Abang Johari Openg.

Sebelum ini, Baru, Wong, dan Rayong merupakan Adun Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang berpihak kepada pembangkang ketika itu. Parti tersebut dibubarkan dengan ahlinya diterima masuk dalam PDP, pada April 2024.

Wong dilantik naib presiden kanan PDP, manakala Rayong dan Baru dilantik naib presiden.

Baru, bekas ketua PKR Sarawak menyertai PSB pada 2020. Beliau pertama kali menang kerusi Ba Kelalan atas tiket PKR pada 2011, serta berjaya mempertahankannya pada 2016 dan 2021.

Beliau ada menyatakan kesediaan mempertahankan Ba Kelalan sekiranya dicalonkan semula oleh GPS.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.