Pengguna Ryt Card kini boleh bayar dengan Apple Pay

Pelanggan Ryt Bank kini boleh menambah Ryt Card ke dalam Apple Wallet dan menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran di kedai, dalam talian serta aplikasi.
Ryt Bank berkata pelancaran itu menjadikannya bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.
Bank digital itu mula menawarkan sokongan Google Pay untuk Ryt Card pada Januari lalu.
Melalui Apple Pay, pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan peranti Apple yang serasi di premis yang menerima perkhidmatan berkenaan.
Menurut Ryt Bank, setiap transaksi Apple Pay perlu disahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti.
Maklumat pembayaran pula dilindungi menggunakan nombor akaun peranti yang unik serta kod keselamatan khas bagi setiap transaksi.
Untuk menambah Ryt Card ke Apple Wallet, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Wallet pada peranti Apple yang serasi, menekan butang “+” dan mengikuti arahan yang diberikan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.