The Jerusalem PostEight US Marines injured in recent, undisclosed Iranian attack on ship in Hormuz - reportESPNBuzz: Top scorers through Sunday's gamesESPN DeportesBroncos firman una segunda mitad de calidad y se llevan un juego dramáticoInquirer‘Frustrated astronaut’ Marcos meets Pinoy real dealالنهارالمنتخبات الكبرى تفتتح صفحات جديدة مع مدربيها الجددDaily MaverickTaylor Swift lands top trophy at MTV’s Video Music AwardsSözcüKapalıçarşı'da akıl almaz soygun! Kasaya tencere tava koyup milyonlarla kaçtıCNN TürkİSTANBUL, İZMİR, ANKARA HAVA DURUMU SON DAKİKA | Bugün hava nasıl olacak, yağışlar kaç gün sürecek? Meteoroloji ve AKOM’dan yeni uyarılar!SRF NewsMTV Video Music Awards – Hauptpreis für Taylor Swift – doch Madonna räumt abWirtualna PolskaPotrącili 14-latkę na hulajnodze. "Czy my cię uderzyliśmy?"HabertürkKabine toplanıyor! Fon soruşturması masadaHong Kong Free PressTai Po fire: District councillor involved in Wang Fuk Court renovation controversy resigns
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Amaran Sanusi cerminkan dilema Umno tentukan rakan politik, kata penganalisis

Translate

Amaran pemimpin PAS Sanusi Nor supaya Umno tidak mempergunakan parti itu mencerminkan dilema lebih besar Umno dalam menentukan hala tuju kerjasama politiknya, kata seorang penganalisis.

Mazlan Ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata kenyataan Sanusi menunjukkan sebarang kerjasama antara Umno dan PAS perlu berasaskan rundingan yang jelas serta kedudukan yang diterima kedua-dua pihak.

Pada masa sama, katanya, pendekatan Umno yang berbeza mengikut negeri menunjukkan parti itu masih belum mempunyai formula kerjasama yang seragam, sama ada dengan PAS atau Pakatan Harapan (PH).

Mazlan berkata hubungan BN-PH masih berjalan di peringkat persekutuan serta di negeri seperti Pahang dan Perak, tetapi kedua-dua gabungan mengambil pendekatan berbeza dalam beberapa pilihan raya negeri lain.

“Kita tak dengar desakan daripada Umno Pahang supaya memutuskan hubungan dengan PH. Perak pun sama.

“Menteri besar Pahang dan Perak nampak positif dengan kerjasama itu. Di dua negeri yang diterajui Umno ini, kita tidak nampak krisis yang besar,” katanya kepada FMT.

Pahang ketika ini ditadbir menerusi kerjasama BN-PH, manakala Umno negeri itu turut menilai beberapa kemungkinan jajaran politik termasuk bersama PH, PN atau bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang.

Menurut Mazlan, keadaan itu menunjukkan hala tuju kerjasama Umno tidak boleh dilihat melalui satu negeri sahaja kerana pertimbangan politiknya berbeza mengikut keadaan setempat.

Hubungan dengan PAS juga, katanya, masih memerlukan banyak perkara diperincikan sebelum satu bentuk kerjasama lebih menyeluruh dapat diwujudkan.

Sanusi sebelum ini turut mencadangkan rundingan kerusi antara PAS dan Umno dibuat di seluruh negara, bukannya secara berasingan mengikut negeri, bagi memudahkan pelarasan kawasan yang mahu ditandingi kedua-dua parti.

Amaran terbaharu Sanusi timbul ketika parti-parti politik membincangkan kemungkinan kerjasama menjelang PRN Melaka.

Beliau mengingatkan Umno supaya tidak mempergunakannya untuk kepentingan parti itu dan berkata mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan PAS perlu berunding secara ikhlas tanpa agenda tersembunyi.

azmi hassan

Azmi Hassan.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan melihat kenyataan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh bahawa rundingan kerjasama politik belum bermula sebagai sebahagian daripada strategi tawar-menawar Umno, bukannya petanda PAS cuba dipermainkan.

Menurutnya, ketetapan BN Melaka untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini boleh dijadikan kedudukan awal parti itu dalam sebarang rundingan.

“Jadi itu adalah asas rundingan dan boleh dimaktubkan sebagai dasar atau strategi Umno kepada sesiapa yang ingin berunding atau bekerjasama dengan Umno.

“Mereka perlu menerima kedudukan Umno terlebih dahulu sebelum rundingan boleh bergerak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.