InquirerMarinduque group seeks urgent rehab of Marcopper-hit sitesDaily MaverickCongo’s Ebola cases surpass 11,000, government data showThe Jerusalem PostIDF dismantles four illegal West Bank outposts, arrests three Israelis after riotsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCBS NewsMississippi Senate race leans Democratic; Colom holds narrow leadسكاي نيوز عربية450 صفقة يومياً في دبي.. ما سر زخم العقارات؟Rappler[In This Economy] The Philippines has entered stagflation territoryStraits Times SportPakistan move second Sri Lanka test to Rawalpindi from Lahore due to smogSeeking AlphaLogan Energy GAAP EPS of C$0.00, revenue of C$79.85MGhaflaMercy Masika Reveals First Two Years of Marriage Were Difficult Despite Marrying in LoveNew Straits TimesThree fishermen, including skipper, missing after boat capsizes off Langkawi中国新闻网A股午评:超2700只个股飘红,沪指收跌,深指、创业板指收涨
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

Rombakan kecil pemimpin DAP dalam Kabinet dijangka selepas Loke berundur

Translate

Penganalisis menjangkakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melakukan rombakan kecil pemimpin DAP dalam Jemaah Menteri susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung parti itu, Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, seorang daripada empat menteri DAP masih menganggotai Jemaah Menteri mungkin memangku jawatan menteri pengangkutan buat sementara atau seorang daripada tujuh timbalan menteri dari parti itu mungkin dinaikkan pangkat menjadi menteri.

“Saya tidak menjangkakan rombakan Kabinet besar-besaran, sebaliknya rombakan dalam kalangan Ahli Parlimen DAP membabitkan mereka yang kini memegang jawatan menteri atau timbalan menteri,” katanya kepada FMT.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, Anwar tidak akan berdepan kesukaran memilih pengganti Loke bagi portfolio kanan itu kerana DAP mempunyai ramai Ahli Parlimen berkelayakan.

Jelasnya, cara paling mudah adalah meminta Loke mencadangkan penggantinya sendiri.

james chin

James Chin.

“Cara paling mudah untuk Loke ialah memilih menteri DAP paling kanan seterusnya, memindahkan beliau ke jawatan Loke dan melantik pemimpin DAP baharu untuk memegang salah satu portfolio kementerian lebih rendah dalam parti itu.

“Siapa tahu? Mereka mempunyai ramai individu berkebolehan dalam kepimpinan DAP.”

Loke berundur sebagai menteri pengangkutan semalam selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah semakan yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Bekas perdana menteri itu tiba di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau akan menjalani baki tempoh penjaranya di sana sehingga 23 Ogos 2028.

DAP kini mempunyai empat menteri dalam Jemaah Menteri, iaitu Gobind Singh Deo (Digital), Steven Sim (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Nga Kor Ming (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), serta Hannah Yeoh (Wilayah Persekutuan).

Parti itu turut mempunyai tujuh timbalan menteri: M Kulasegaran (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Liew Chin Tong (Kewangan), Wong Kah Woh (Pendidikan), Chan Foong Hin (Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Lim Hui Ying (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Mordi Bimol (Belia dan Sukan), serta Teo Nie Ching (Komunikasi).

‘Loke tak perlu letak jawatan’

Chin bagaimanapun menyifatkan peletakan jawatan Loke susulan tahanan rumah Najib sebagai “kesilapan besar” memandangkan DAP atau kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tiada kuasa ke atas pengampunan bersyarat itu.

Jelasnya, DAP tiada kuasa menghalang Najib daripada menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, yang juga sebahagian daripada pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Mereka tiada pengaruh ke atas pengampunan bersyarat itu, yang juga kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong. Jadi, saya tidak faham mengapa beliau memperbesar-besarkan isu ini sedangkan DAP mahupun kerajaan tiada kawalan ke atasnya.”

Beliau berkata, ternyata Loke cuba memenangi hati pengundi Cina di kawasan bandar yang lazimnya menyokong PH, tetapi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi politik yang dinanti-nantikan sekian lama jauh lebih penting untuk mengekalkan sokongan pengundi.

Azmi pula berpendapat tiba masanya Loke menunaikan janjinya untuk meletak jawatan kerana isu itu meletakkan PH dalam kedudukan sukar semasa kempen PRN Melaka.

Menurutnya, Loke menjadi bahan ejekan lawan selepas mengumumkan peletakan jawatannya September lalu, tetapi kemudian berkata ia hanya akan berkuat kuasa sebaik saja Najib dibebaskan dari penjara.

“Ia meletakkan Anwar dalam situasi sangat janggal kerana terpaksa mempertahankan Loke. Tambahan, Umno terus mengeksploitasi isu ini, termasuk kelewatan Loke melepaskan jawatan yang menyebabkan PH dalam kedudukan defensif.

“Ini memberi kesan negatif terhadap calon PH di Melaka. Jadi, saya berpendapat keputusan ini baik untuk DAP kerana dapat mengurangkan peluru politik yang digunakan Umno dan PAS dalam kempen mereka.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.