InquirerSandigan denies Revilla’s bid to junk malversation caseThe Jerusalem PostCinema Spiegel features American movies to celebrate 250th anniversary of USPunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersDaily MaverickAMABHUNGANE: Bets on bets: The companies bidding to make your life a gamble한겨레40% 가격 하락에 전남 배추 농가 타격…전남광주시 시장격리 대책 지원DeadlineDenis Villeneuve Shares Update On James Bond Casting: “I Am Pushing The Gas”CNN TürkBUDO'nun bu 8 seferi iptal edildiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNewsОбновилось мобильное приложение «КонсультантПлюс»Sözcüİmamların isyanı Şanlıurfa’ya sıçradıالنهارترامب اختار الضغط الاقتصادي طريقاً ثالثاً... في انتظار قرار الحرب أو الصفقة مع إيرانХабрMetadata Validator | GitHub Теперь хардкор. Хотя если вы DevOps-инженер, то следующее объяснение будет для вас как...
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Mahkamah Rayuan tolak permohonan MCBA halang aktiviti kesatuan NUBE

Translate

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) untuk mendapatkan perintah interim bagi menghalang Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) daripada menjalankan aktiviti kesatuan sekerjanya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Firuz Jaffril, bersama Hakim Ismail Brahim dan Dean Wayne Daly, memutuskan bahawa perintah itu tidak diperlukan kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun memberikan penangguhan pelaksanaan, manakala prosiding menghina mahkamah terhadap NUBE dan pegawainya juga telah dimulakan.

“MCBA boleh menangani perkara itu semasa prosiding menghina mahkamah,” kata Firuz.

Beliau turut mengambil maklum bahawa NUBE telah menggantung aktiviti kempennya selepas mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Panel itu memerintahkan MCBA membayar kos sebanyak RM30,000 kepada NUBE.

Peguam MCBA, Steven Thiru yang dibantu Janice Anne Leo, berhujah bahawa membenarkan NUBE meneruskan aktiviti kesatuannya akan melanggar perintah penangguhan yang diberikan Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman bulan lalu.

Beliau berkata, MCBA turut memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap kesatuan itu dan pemegang jawatannya.

MCBA memohon supaya NUBE dihalang daripada meneruskan kempen “BANK TIPU KITA”, memakai lencana kempen, menggunakan slogan di media sosial, menganjurkan siri jelajah untuk ahli serta mendapatkan campur tangan PMO, Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia berhubung pertikaian berkaitan bantuan perayaan dan Perjanjian Kolektif (CA) ke-20.

MCBA berhujah bahawa NUBE perlu menghentikan semua tindakan perusahaan sebaik sahaja pertikaian berkenaan dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, peguam NUBE, Tommy Thomas yang dibantu Ravi Nekoo dan M Arvin Kumar, menegaskan bahawa kesatuan itu hanya menggunakan hak kesatuan sekerjanya yang sah.

Thomas turut berhujah bahawa hakim yang mendengar rayuan antara kedua-dua pihak tidak akan dipengaruhi oleh aktiviti di luar mahkamah.

“Hakim akan memutuskan perkara berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan kepada mereka,” katanya.

NUBE sebelum ini menuntut bantuan perayaan bersamaan gaji sebulan bagi ahli yang layak daripada kumpulan pendapatan B40 dan M40.

MCBA membuat pembayaran itu pada 2023 tetapi enggan berbuat demikian pada 2024, menyebabkan menteri sumber manusia merujuk pertikaian berkenaan kepada Mahkamah Perusahaan.

NUBE turut mencabar rujukan pertikaian berhubung CA ke-20, dengan alasan kedua-dua pihak sepatutnya menggunakan mekanisme penyelesaian dalaman di bawah Perkara 4(5) perjanjian mereka.

Pada 13 Feb, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman NUBE, membatalkan kedua-dua rujukan itu dan mengarahkan pihak terbabit menyambung semula rundingan menerusi mekanisme yang dipersetujui.

MCBA dan menteri kemudian merayu keputusan itu. Rayuan berkenaan dijadual didengar pada 22 Mac tahun depan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.