ESPN DeportesPackers cierran los caminos de Panthers en Green BayESPNPackers WR Watson returns to Lambeau after trip to hospital with chest injuryPunchObi faults Tinubu campaign posture, questions capacity to govern한겨레순천 꼬막·여수 꽃게장 ‘남도한바퀴’ 버스…서울·부산서 ‘시동’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLHomem é preso após tentar enfiar droga nas partes íntimas ao ser abordado no PRGlobo EsporteGrêmio emenda segunda vitória seguida no Brasileirão e deixa o Z-4SözcüDireğe çarpan otomobil parçalandı: 2 ölüSportstarAl Nassr vs Al Kholood player ratings – Ronaldo hat-trick guides Al Nassr to victory in Saudi Pro LeagueSouth China Morning PostAI system to screen contractors by mid-2027 as part of sweeping Tai Po fire reformsGIGAZINEAppleがペニスのサイズを嘲笑しているとの懸念からか韓国でiPad miniの広告を修正n-tvO Captain, mein Captain: Patrick Stewart ist tot: Shakespeare zwischen den Sternen
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Sambungan Kabel Dasar Laut Madani RM2 bilion kukuh jaringan digital negara

Translate

Lonjakan penggunaan internet, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan meningkatkan keperluan terhadap kapasiti pemindahan data, sekali gus mendorong pembangunan Sambungan Kabel Dasar Laut Madani (Salam) bernilai RM2 bilion.

Projek itu dijangka bermula suku pertama 2027 dan siap pada suku keempat 2029, menurut perancangan disenaraikan Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2026.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, projek strategik nasional bawah rangka kerja Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP) itu akan meningkatkan kapasiti dan daya tahan rangkaian komunikasi negara, selain memastikan perkhidmatan digital lebih stabil, selamat dan boleh dipercayai.

Salam akan merangkumi 10 stesen pendaratan kabel yang dihubungkan melalui empat segmen kabel dasar laut sepanjang kira-kira 5,582km, dengan tiga stesen di Sarawak, lima di Sabah dan dua di Semenanjung.

Kapasiti, ketahanan rangkaian jadi keutamaan

Amir Akramin Shafie

Amir Akramin Shafie.

Pakar teknologi sistem pintar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Amir Akramin Shafie, berkata Malaysia sudah mempunyai Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) yang siap pada 2017.

Katanya, SKR1M direka dengan kapasiti tersedia 4 terabit sesaat (Tbps) dan kapasiti maksimum 12.8 Tbps.

“Namun, peningkatan penggunaan internet, penstriman definisi tinggi, perdagangan elektronik, AI dan pengkomputeran awan berskala besar meningkatkan permintaan terhadap kapasiti data.

“Dengan perkembangan penggunaan internet, AI dan pengkomputeran awan berskala besar ketika ini, kapasiti itu tidak lagi mencukupi,” katanya kepada FMT.

Amir berkata, kabel SKR1M yang menghampiri usia 10 tahun juga memerlukan lebih banyak penyelenggaraan, manakala Salam dapat menyediakan laluan tambahan bagi mengurangkan kebergantungan pada satu sistem.

Katanya, jika satu kabel rosak, laluan lain boleh digunakan bagi memastikan rangkaian terus beroperasi dan sambungan lebih dipercayai.

Kabel dasar laut bawa sebahagian besar trafik data

Kabel dasar laut menggunakan gentian optik untuk menghantar data melalui isyarat cahaya, menghubungkan lokasi melalui dasar laut sebelum disambungkan kepada rangkaian darat.

Menurut Amir, kabel berkenaan mampu membawa data dalam jumlah besar dengan kelajuan dan kebolehpercayaan yang sukar ditandingi satelit.

Beliau berkata, kabel gentian optik dasar laut secara umumnya membawa kira-kira 95% trafik data global.

“Bagaimanapun, pembinaan kabel dasar laut tidak bermakna setiap rumah atau kawasan pedalaman akan mendapat akses internet secara langsung.

“Data masih perlu melalui infrastruktur darat seperti rangkaian telekomunikasi dan menara pemancar sebelum sampai kepada pengguna, manakala satelit boleh membantu menyediakan sambungan di kawasan terpencil yang sukar dihubungkan melalui rangkaian fizikal,” katanya.

Kesalinghubungan penting untuk ekonomi Sabah, Sarawak

Firdausi Suffian.

Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Firdausi Suffian, berkata kesalinghubungan digital kini sama penting dengan infrastruktur asas seperti jalan raya, pelabuhan dan bekalan elektrik.

Katanya, kekurangan infrastruktur digital boleh menjejaskan produktiviti, daya saing industri dan peluang pelaburan di Sabah dan Sarawak.

“Jurang digital bermaksud penafian peluang pembangunan. Kekurangan infrastruktur digital boleh menyebabkan Sabah dan Sarawak terus menghadapi ketidakseimbangan pembangunan khususnya dari segi produktiviti, daya saing industri dan peluang pelaburan,” katanya.

Beliau berkata, rangkaian lebih stabil dan berkapasiti tinggi berpotensi menyokong pertumbuhan perniagaan digital, termasuk perdagangan elektronik, selain memudahkan akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan urusan kerajaan secara dalam talian.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.