CNN TürkYapay zekanın kontrolünü kaybedebilirizPunchHow much Anthony Joshua could earn from Fury blockbusterBollywood HungamaSCOOP: The Royals Season 2 shoot hits a major roadblock in JaisalmerThe Jerusalem PostEgyptian intelligence chief visited Israel days before Oct. 7 to issue security warning - reportThe Straits TimesAll 7 baby rabbits rescued in Seletar die; VFA to re-home adult animals retrieved, plus one newbornRai NewsBJK Cup, Italia-Ucraina: azzurre a caccia della finale. Grant-Kalinina 3-5The Sydney Morning Herald‘We talked about Wharfie Time’: Lions use the Dockers’ rallying cry to charge to third-straight flagDaily MailThe most affordable winter sun destinations for 2026: Post Office report lists countries where your money will go further - from Thailand to Tokyon-tvAnfrage der Linken: Knappe Mehrheit der Afghanen auf Abschiebeliste sind keine StraftäterХабрКритерии удовлетворенности работой: от выбора вакансии до регулярной диагностикиSportstarIndia vs Iran LIVE score, Asian Games 2026 kabaddi finals: IND 24-23 IRI; Men's gold-medal match second half; Indian women's team wins gold (IND 37-34 IRI)MyJoyOnlineDrug bust case: Only Customs officers, MPS officials in scanning room – NACOC
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

Projek EMR PERSADA Perlis pendekkan masa menunggu pesakit, kata Fahmi

Translate

Pelaksanaan projek rintis sistem pengurusan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) menerusi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di fasiliti kesihatan di Perlis, memberikan impak positif dari segi masa menunggu pesakit.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata projek di negeri itu sejak empat bulan lepas menunjukkan, lebih 86% pesakit dapat bertemu dengan doktor dalam tempoh kurang 60 minit manakala 62.8% pesakit boleh berbuat demikian kurang 30 minit.

“Ia berjaya memanfaatkan lebih 200,000 pesakit di Perlis.

“Saya juga menerima beberapa maklum balas tentang sistem dan menyampaikan beberapa cadangan, untuk memastikan sistem ini selamat digunakan, mudah untuk para pekerja Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau projek PERSADA di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini hari ini, yang turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik.

Fahmi berkata menerusi projek itu, doktor tidak perlu lagi menunggu kad sejarah kesihatan pesakit secara manual, dengan kesemua maklumat berkaitan telah tersedia dalam bentuk yang lebih mudah untuk semakan doktor menerusi sistem berkenaan.

“Saya lihat sendiri memang doktor-doktor memaklumkan ini memudahkan kerja mereka dan mengurangkan masa untuk menunggu rekod datang kepada mereka, disimpan dalam cloud based data, yang lebih selamat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Fahmi berkata kementeriannya berhasrat untuk memperluas penggunaan sistem itu untuk manfaat negeri lain, namun akan meneliti beberapa aspek terlebih dahulu termasuk kemudahan Internet, bagi memastikan sistem itu dapat digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Saya lihat ia dapat dimanfaatkan di negeri lain, kita akan meneliti beberapa aspek, kerana isu dihadapi mungkin sesetengah negeri, ada klinik kesihatan Internet belum lagi pantas, saya dimaklumkan keperluan Internet untuk sistem ini sekurang-kurangnya 100mbps,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan memaklumkan melalui PERSADA, ketersambungan yang diperkukuh akan menyokong perkongsian maklumat kesihatan lebih lancar serta menjadi asas kepada pelaksanaan aspirasi “Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan”.

“Rekod kesihatan pesakit dapat menyokong kesinambungan rawatan apabila mendapatkan perkhidmatan di fasiliti atau lokasi yang berbeza, sekali gus mewujudkan pengalaman rawatan yang lebih lancar dan teratur, serta membantu mengurangkan tempoh menunggu,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Komunikasi melalui SKMM dengan Kementerian Kesihatan (KKM), dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta ketersambungan digital dan teknologi yang lebih bersepadu.

Sementara itu, Fahmi berkata SKMM mengintegrasikan perkhidmatan telekesihatan melalui 17 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Perlis, yang membolehkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan tertentu termasuk saringan kesihatan di pusat NADI, tanpa perlu ke klinik kesihatan.

“Kita akan memperlihatkan kerjasama lebih erat antara NADI di bawah MCMC dan klinik kesihatan serta klinik desa bukan sahaja di Perlis, tetapi seluruh negara untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.