The Jerusalem PostIran's IRGC launches drone attack on US base in Bahrain, triggering hostile escalationZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRMF24MŚ w amp futbolu. Dwie wygrane Polaków, w tym walkowerRTL BoulevardHaven New Orleans klaagt eigenaren van tanker aan na botsingESPN CricinfoTaylor, bowlers put Zimbabwe firmly on top despite Naseer seven-forSportstarIND vs NZ Highlights: Chris Wood scores as India loses to New Zealand in second international friendly경향신문청와대, AI 부정행위에 “매우 엄중히 봐…오늘 정책실장 주재 대책회의”MyJoyOnlineNACOC is highly under-resourced; the drug problem is beyond cocaine – Senyo HosiLenta.ruНазвано самое вредное для сосудов сочетание в едеESPNHot seats getting warmer, fiery AD statements and Texas comes up clutch in Week 11DW EnglishCould universal basic income be part of the solution in an AI economy?Het Laatste NieuwsMindere zondag, met vanaf de namiddag felle regen, vormt startschot van week vol nattigheid: “Ziet er niet fraai uit”
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

OPR dikekalkan beri ruang perniagaan berkembang, kata Amir Hamzah

Translate

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata keadaan itu membolehkan kadar OPR dikekalkan pada tahap sedia ada, sekali gus memberi ruang kepada sektor perniagaan untuk terus berkembang dengan keadaan pembiayaan yang stabil.

“Bank Negara, dengan proses di bawah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) melihat keadaan inflasi dalam negara terkawal dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga masih kuat.

“Jadi, ia (BNM) mengambil pendekatan untuk terus mengekalkan OPR. Ini memberi ruang untuk perniagaan terus berkembang,” katanya ketika ditemui selepas acara Larian Kewangan 2026 Kementerian Kewangan bersempena dengan Hari Sukan Negara, di sini, hari ini.

MPC pada mesyuarat keenam dan terakhirnya tahun ini telah mengambil keputusan mengekalkan OPR pada 2.75%.

Penganalisis pasaran mengunjurkan OPR dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0% pada suku pertama 2027 didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dan unjuran inflasi tinggi daripada bank pusat.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata keadaan ekonomi Malaysia ketika ini berbeza daripada sesetengah negara yang berdepan tekanan inflasi tinggi, ekonomi terlalu panas serta gangguan rantaian bekalan.

Katanya, tekanan seperti itu boleh menyebabkan bank pusat menggunakan kadar faedah sebagai instrumen untuk mengawal keadaan ekonomi.

“Kita tidak ada masalah seperti apa yang kita nampak di negara-negara lain, yang mana tekanan inflasinya tinggi, ada isu yang datang daripada ekonomi terlalu panas, isu rantaian bekalan yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kadar faedah untuk mengawal,” katanya.

Beliau berkata pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menguruskan ekonomi turut membantu Malaysia mengekalkan keadaan ekonomi yang lebih baik.

“Di Malaysia ini, saya rasa kerana pendekatan yang diambil kerajaan itu menyeluruh, kita dapat keadaan yang lebih baik di sini,” katanya.

Amir Hamzah berkata keputusan berkaitan OPR kekal di bawah bidang kuasa BNM menerusi proses MPC berdasarkan penilaian terhadap keadaan ekonomi dan inflasi semasa.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.