InquirerAeta communities in Bataan reject mining deal in ancestral landDaily MaverickAmazon’s Bezos says he helped pick Pattinson as BondThe Jerusalem PostSa’ar welcomes 250 US leaders for ‘50 States, One Israel’ initiativePunchNo evidence of Sokoto protest plot, DSS tackles Atiku20 MinutenWie weit ist ein Lichttag? Mach das Quiz zum Voyager-1-Rekord!한겨레‘리트 만점자’ 광수단·관악서 등에서 고발 이어져…수능 고득점 수사도 이뤄질 듯ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFComplete SportsNNL: ‘It Will Be Disrespectful To Other Teams’ –Amuneke Speaks On Heartland’s NPFL Promotion HopesESPN CricinfoUnchanged England bat; Zampa out with back spasms for AustraliaNew Straits TimesAnwar thanks Trump for recognising Malaysia's role in easing Cambodia-Thailand tensionsLenta.ruГлава РФПИ назвал количество реализованных проектов с партнерами из АТЭСThe Japan TimesDemocracy needs room for religious difference
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

2 maut nahas kereta, lori di Gerik

Translate

Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 12.52 tengah malam.

Beliau berkata mangsa Razali Shakri, 45, dan Normalizah Abd Manap, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi wanita yang menaiki kereta jenis Honda Civic itu mengalami kecederaan manakala pemandu dan kelindan lori jenis Isuzu terbabit tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan wanita yang cedera diserahkan kepada petugas KKM manakala mayat kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan pasukan daripada Balai Bomba Gerik tamat pada 3.40 pagi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.