InquirerSandigan denies Revilla’s bid to junk malversation caseThe Jerusalem PostCinema Spiegel features American movies to celebrate 250th anniversary of USPunchCanada plans permanent residency for 100,000 workers, family membersDaily MaverickAMABHUNGANE: Bets on bets: The companies bidding to make your life a gamble한겨레40% 가격 하락에 전남 배추 농가 타격…전남광주시 시장격리 대책 지원DeadlineDenis Villeneuve Shares Update On James Bond Casting: “I Am Pushing The Gas”CNN TürkBUDO'nun bu 8 seferi iptal edildiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNewsОбновилось мобильное приложение «КонсультантПлюс»Sözcüİmamların isyanı Şanlıurfa’ya sıçradıالنهارترامب اختار الضغط الاقتصادي طريقاً ثالثاً... في انتظار قرار الحرب أو الصفقة مع إيرانХабрMetadata Validator | GitHub Теперь хардкор. Хотя если вы DevOps-инженер, то следующее объяснение будет для вас как...
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Bahari akur jika turut digugurkan sebagai exco Kelantan

Translate

Adun Gual Ipoh daripada Bersatu Bahari Nor berkata beliau akur jika berdepan nasib sama seperti Adun Ayer Lanas Kamarudin Nor yang digugurkan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan.

Bahari yang merupakan timbalan exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat berkata, beliau masih menjalankan tugas seperti biasa dan belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi, lapor Berita Harian.

“Sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan yang menyatakan kedudukan saya dan Adun Paloh Shaari Mat Hussain akan diputuskan minggu depan, maka kita akan tunggulah minggu depan.

“Namun secara asasnya kita sudah jangka apa keputusannya minggu depan memandangkan kami dari Bersatu.

“Bagaimanapun, selagi tidak menerima sebarang surat, saya akan melaksanakan tugas seperti biasa. Saya akur dengan sebarang keputusan yang akan dibuat kerajaan negeri dan tidak akan mempertikai,” katanya.

Shaari merupakan timbalan exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Komoditi.

Seorang lagi wakil Bersatu yang masih berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ialah Adun Bukit Bunga Almidi Jaafar. Bagaimanapun, Almidi digantung keahlian oleh parti itu selama dua penggal pada Mei lalu.

Adun Kok Lanas Farid Zawawi pula dipecat Bersatu pada Mei lalu sebelum menyertai Wawasan.

Semalam, Fadzli mengesahkan bahawa Pengerusi Bersatu Kelantan Kamarudin Nor tidak lagi berkhidmat sebagai anggota exco negeri berkuat kuasa 9 Nov.

Beliau berkata portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan yang sebelum ini disandang Kamarudin akan dipecahkan, dengan Hilmi Abdullah mengambil alih portfolio pelancongan dan kesenian, manakala Zamakhshari Muhamad mengendalikan portfolio warisan dan kebudayaan.

Khabar angin mengenai kemungkinan penamatan pelantikannya mula tersebar awal minggu ini, susulan ketegangan politik antara PAS dan Bersatu.

Perkembangan itu menyusuli keretakan kerjasama antara kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN), selepas PAS mengumumkan pada 8 Jun bahawa parti itu menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.

Kamarudin berkata, beliau menerima beberapa tawaran untuk terus menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri tetapi ‘memilih untuk kekal bersama parti’.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.