ESPNYankees hammer Red Sox again to cruise into ALDSThe Jerusalem PostAt least 24 injured in Bnei Brak nursing home fire, two in serious, unstable conditionESPN DeportesEN VIVO: Cubs y Padres bajan el telón del segundo día de Series de ComodínPunchFG builds new control centre to strengthen power gridInquirerLuistro: Trillanes will no longer be presented as witnessSözcüSlovenya Başbakanı İsrail'i aklamaya çalıştı! Dünyaya rezil olduColliderBlade Officially Returns Following Marvel’s Failed Rebootالنهاركيف ردّت بعثة إيران لدى الأمم المتّحدة على معلومات عن "طردها" من واشنطن؟سكاي نيوز عربية"النهاية تقترب".. تفاصيل انسحاب رونالدو من معسكر البرتغالCapital FMRuto mourns ‘dear friend’ Chivayo after Zimbabwe helicopter crashSBS 뉴스이 대통령 "북한, 신뢰 회복·단절된 대화 복원에 함께하길"The Indian ExpressIndia vs Sri Lanka Live Cricket Score, Asian Games 2026: IND eye final berth against Pakistan
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

PRN Melaka: Logo PAS paling praktikal tapi risiko hilang undi bukan Melayu

Translate

Logo PAS dilihat sebagai pilihan paling praktikal untuk digunakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka sekiranya penggantungan gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berterusan, kata penganalisis.

Bagaimanapun, mereka berkata penggunaan logo bulan itu mempunyai risikonya terutama dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu dan di kawasan campuran.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata isu penggantungan PN meletakkan parti komponennya dalam keadaan rumit kerana setiap pilihan lambang mempunyai kekangan tersendiri.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Katanya, jika PAS memilih bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN), ia boleh menimbulkan persoalan mengenai hubungannya dengan komponen PN lain, selain memberi implikasi kepada urusan pencalonan kerana watikah calon akan ditandatangani Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Tambahnya, logo PAS pula lebih dikenali berbanding parti komponen lain, tetapi penggunaannya di luar negeri yang menjadi kubu tradisi parti itu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh menimbulkan cabaran.

“Di negeri lain mereka guna logo PN kerana agak sensitif menggunakan lambang PAS ini kerana dilihat agak ekstrem. Tambahan pula, bukan Melayu melihat lambang PAS ini berkait dengan Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Presiden Gerakan Dominic Lau supaya semua parti komponen PN menggunakan satu simbol tunggal pada PRN Melaka sekiranya penggantungan gabungan itu oleh JPPM berlarutan.

Lau turut menepis cadangan mana-mana parti komponen bertanding menggunakan logo lain susulan laporan memetik Zahid sebagai terbuka untuk membincangkan kemungkinan PAS menggunakan simbol ‘dacing’.

JPPM menggantung sementara aktiviti PN berkuat kuasa 23 Sept lalu susulan aduan Bersatu dan gabungan itu perlu menjawab persoaln dibangkitkan agensi terbabit.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata berkata keadaan berkenaan turut menimbulkan persoalan sekiranya calon Gerakan atau Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bertanding menggunakan logo PAS kerana ia boleh memberi persepsi mereka terlalu rapat dengan agenda parti itu.

Pada masa sama, Mazlan berkata logo parti lain dalam PN tidak mempunyai tahap pengenalan yang sama dalam kalangan pengundi.

“Nak guna logo Gerakan, orang Melayu tak kenal. MIPP pula lagi pengundi tak kenal. Adakah lambang Wawasan? Ia masih baharu, rakyat belum serasi.

“Saya fikir buat masa ini logo yang dikenali ialah PAS. Pilihan terbaik walaupun ada beberapa kekurangan,” katanya.

Afifi Abdul Razak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata dari sudut pragmatik, logo PAS mungkin menjadi pilihan paling logik bagi kawasan majoriti Melayu jika PN kekal digantung.

Afifi Abdul Razak

Afifi Abdul Razak.

Bagaimanapun, katanya, lambang Gerakan mungkin lebih sesuai digunakan di kerusi campuran atau bukan Melayu, walaupun kekuatan jentera dan tahap pengenalan parti itu perlu diambil kira.

Afifi berkata parti lain seperti Wawasan masih baharu kepada pengundi Melaka, manakala Pejuang dan MIPP pula lebih kecil serta kurang dikenali.

“Kalau seragam mutlak, PAS memberi nilai undi tertinggi, tetapi tidak memenuhi syarat lambang nasional yang diterima pelbagai kaum,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.