Daily MaverickBOOK EXCERPT: A Fatal Love — Reimagining the story of the last woman executed in BritainESPNWhat this year's final four says about the labor battle -- and the game's futureInquirerBARMM leaders firm up coalition to rule regionESPN DeportesArrestados por tiroteo que hirió a jugador de 49ersPunchTinubu campaign: Accord leaders urge Adeleke to clarify loyaltyRTL BoulevardMeer dan 250 mensen klopten aan bij hulppunt voor slachtoffers van sektesCapital FMRaila and the politics of compromise: What changed, what didn’tZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüUzmanlardan İstanbul için kritik uyarı: Asıl risk şimdi!CumhuriyetArnavutluk'ta öğrenciler ayaklandı: Polisle çatışmalar çıktı, hükümet binaları ateşe verildiNew Straits TimesUS military weighs use of 'mother of all bombs' in potential future strikes on IranSeeking AlphaMusk says U.S. military and Trump control Ukraine’s Starshield access
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 15, 2026

Sebak ayah OKU lihat anak 4 tahun bantu keluarga berniaga

Translate

Tidak mudah bagi Zaim Zazami Ibrahim melihat anak perempuannya yang baru berusia empat tahun tular di media sosial kerana menolak troli sewaktu beliau dan isteri berniaga di pasar malam.

Zaim Zazami Ibrahim

Zaim Zazami Ibrahim.

Ia mungkin dilihat sebagai tanda anak kecil itu ringan tulang membantu ibu bapa mencari rezeki, namun Zaim sebak memikirkan kehidupan permata hatinya menjalani kehidupan tidak seperti kanak-kanak lain.

“Paling saya sedih bila tengok dia pukul 12 malam masih di tapak berniaga, sedangkan anak-anak lain sedang tidur,” katanya kepada FMT.

Zaim, 42, adalah orang kurang upaya (OKU), lumpuh separuh badan akibat kecederaan tulang belakang susulan kemalangan jalan raya pada 2006.

Keluarga Zaim Zazami berniaga di TSI Sports Arena Cyberjaya dari Isnin hingga Jumaat.

Zaim yang berkerusi roda dan isterinya, Kartini Ahmad, 42, berniaga pemanis mulut di pasar malam TSI Sports Arena Cyberjaya dan Lorong Belakang Cyberjaya selepas perniagaan jahitan mereka merosot selepas pandemik Covid-19.

Pasangan ini mahu melihat usaha mereka berkembang bukan sekadar untuk menyara keluarga tetapi membuka ruang kepada orang lain mencari rezeki, dengan impian memiliki dapur pusat dan mengembangkan perniagaan ke beberapa lokasi.

Kartini Ahmad

Kartini Ahmad.

Di sebalik perasaan melihat anaknya gigih membantu, Zaim berharap pengalaman ini akan mengajar anaknya menjadi lebih matang, mengenal erti kehidupan dan menghargai kejayaan yang dicapai kelak.

“Saya harap bila dia besar nanti, pengalaman ikut kami berniaga ni dapat ajar dia tentang hidup. Mungkin sekarang dia belum faham,” katanya.

Zaim menceritakan bahawa beliau tekad untuk bangkit semula selepas lumpuh separuh badan apabila bertemu rakan-rakan OKU yang berdepan cabaran lebih berat, ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi pada 2007.

“Saya tahu ada masa depan sebenarnya. Ada peluang untuk berjaya,” katanya yang turut bertemu Kartini di PLPP. Mereka berkahwin pada 2011.

Kartini berkata peniagaan pemanis mulut mereka mendapat sambutan. “Orang Malaysia memang baik hati. Ramai yang memberi sokongan dengan membeli produk kami malah ada yang infak sejumlah wang dan meminta kami agihkan pada pelanggan yang datang ke reruai kami.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.