CNN TürkOSİMHEN AMEDSPOR MAÇINDA NEDEN YOK? Victor Osimhen neden oynamıyor, ne zaman dönecek?The Jerusalem PostParaguay ex-president Peña placed under house arrest after impeachmentPunchKenya preacher jailed 200 years for starving 190 children to deathLa PresseUniversité d’Oxford | Justin Trudeau rejoint le Cercle des anciens dirigeantsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제“왜 쳐다보냐”며 상대 얼굴에 ‘퍽’…상해 혐의 20대, 징역 1년CBS NewsSen. Chris Murphy out of hospital, will miss votes after strokeThe Sydney Morning HeraldGallen speaks after sickening knockoutScreen RantAll 18 Episodes Of Netflix's Best Fantasy Series Deliver Peak AnimationInfobaeCierre de la mezcla mexicana de petróleo de este viernes 06 de noviembren-tvFolge aus Bankenkollaps: Paraguays Präsident Peña abgesetzt und unter HausarrestESPNAiyuk meets with 49ers, says he's 'back to 100% and looking to get reinstated'
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Kontrak tempoh tetap tamat bukan pemecatan tak adil, kata mahkamah

Translate

Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan seorang bekas pengurus sumber manusia terhadap firma perunding teknologi VDart Malaysia Sdn Bhd atas dakwaan pemecatan tidak adil, dengan memutuskan bahawa perkhidmatannya tamat apabila tempoh tetap kontraknya berakhir.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Augustine Anthony berkata D Elizebeth gagal membuktikan bahawa syarikat itu berjanji untuk menjadikannya pekerja tetap atau beliau dipecat tanpa sebab atau alasan yang adil.

Elizebeth menyertai VDart pada September 2023 sebagai pengurus sumber manusia dan pentadbiran dengan kontrak selama setahun, menerima gaji RM7,300 sebulan. Gajinya dinaikkan kepada RM7,500 selepas pengesahan jawatan.

Ketika kontraknya hampir tamat pada September 2024, beliau meminta penjelasan mengenai masa depannya dengan syarikat itu. VDart kemudiannya menawarkan lanjutan kontrak selama tiga bulan sehingga 13 Dis 2024, yang diterima dan ditandatanganinya.

Syarikat itu enggan memperbaharui kontraknya selepas tempoh lanjutan berkenaan tamat.

Elizebeth mendakwa beliau diberi jaminan akan diambil bekerja secara tetap dan syarikat itu memintanya menyediakan surat pelantikan yang mencerminkan status baharunya.

Beliau berhujah bahawa aturan kontrak itu sekadar menyembunyikan hakikat bahawa beliau sebenarnya pekerja tetap, dan menuntut supaya diambil bekerja semula, pembayaran gaji tertungak serta faedah lain.

Bagaimanapun, Anthony mendapati bukti dokumentari tidak menyokong dakwaannya bahawa beliau telah dijanjikan pekerjaan tetap.

Anthony ambil maklum bahawa e-mel Elizebeth mengakui kontrak asal selama setahun telah tamat dan kemudiannya dilanjutkan selama tiga bulan.

Elizebeth juga menerima lanjutan kontrak itu walaupun syarikat berkenaan menolak permintaannya untuk kenaikan gaji.

“Keterangan pihak menuntut bahawa beliau mempunyai jangkaan yang sah untuk diambil bekerja sebagai pekerja tetap langsung tidak berasas,” katanya dalam award setebal 28 halaman.

Anthony berkata status VDart sebagai syarikat pemula dan operasinya yang berasaskan projek turut menyokong keputusannya untuk mengambil Elizebeth bekerja secara kontrak dengan tempoh tetap.

Beliau menyimpulkan bahawa kontrak berkenaan merupakan aturan tempoh tetap dan lanjutan terakhir itu tamat secara semula jadi apabila tempohnya berakhir.

“Kontrak pekerjaan pihak menuntut bagi tempoh tertentu merupakan kontrak pekerjaan tempoh tetap yang tulen,” katanya dalam keputusan itu.

Memandangkan tiada pemecatan berlaku, persoalan sama ada pemecatan itu dilakukan tanpa sebab atau alasan yang adil tidak timbul. Oleh itu, tuntutan berkenaan ditolak.

Dashprit Kaur hadir bagi pihak Elizebeth manakala Timothy Dass mewakili syarikat itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.