CNN TürkBallon d'Or ödülünün sahibi Harry Kane oldu!ESPN DeportesAlexia Putellas conquistó su tercer Balón de OroBollywood HungamaVijay Deverakonda and Rashmika Mandanna’s team files cyber crime complaint in Hyderabad over alleged fake claims and online harassmentThe Jerusalem PostIsraelis to head to polls as voting begins in pivotal Knesset electionESPN👀 The clues behind Jay-Z's Super Bowl nodPunchBallon d’Or: How Kane won without World Cup, Champions League한겨레“선물 주려면 제대로 줘라” 전남광주시민사회 초광역특구법 반발ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGhaflaKenya Power Announces Tuesday Blackouts in Nairobi, Nyeri, Embu and Tana RiverVanguardOil spill in Odidi: Is an end finally in sight?Complete SportsBurna Boy Hands Saka Prestigious Sócrates Award At 2026 Ballon d’OrSouth China Morning PostThe price of romance: young Malaysian men borrow to fund dates, study finds
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Puad desak KSU KKDW jelaskan dakwaan batal projek Sabah, Sarawak

Translate

Puad Zarkashi menggesa Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Suriani Ahmad, mendedahkan fakta sebenar berhubung dakwaan beberapa projek jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dibatalkan atas arahannya.

Bekas pemimpin Umno itu turut mempersoalkan sama ada wujud masalah kerjasama antara menteri dengan pegawai tertinggi kementerian berkenaan.

“Justeru, KSU mesti mendedahkan fakta sebenar. Mesti ada sebab KSU berani lawan menteri. Kita tidak mahu rakyat di Sabah dan Sarawak keliru dan jadi mangsa.

“Kalau timbalan perdana menteri dan penjawat awam suka bergaduh, macam mana nak jadi perdana menteri?” katanya di Facebook.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menjelaskan perbelanjaan program Jalan Luar Bandar (JALB) bagi tempoh 2023 hingga 2025 tidak melebihi peruntukan selepas pindaan.

Katanya, perbelanjaan sebenar berjumlah RM6.108 bilion berbanding peruntukan selepas pindaan sebanyak RM6.143 bilion, dengan baki kira-kira RM34.3 juta.

Zahid berkata, dakwaan lebihan perbelanjaan RM2.1 bilion timbul apabila perbelanjaan sebenar dibandingkan dengan peruntukan asal kira-kira RM3.982 bilion tanpa mengambil kira pindaan peruntukan.

Beliau turut menjelaskan, RM300 juta yang diumumkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, bukan peruntukan tambahan atau suntikan dana baharu, sebaliknya kebenaran berbelanja melalui Surat Kuasa Berbelanja (SKB).

Zahid menegaskan, tiada projek yang diluluskan dibatalkan kerana kekurangan peruntukan. Bagaimanapun, beliau mendakwa beberapa projek di Sabah dan Sarawak tahun ini diarahkan dibatalkan oleh Suriani walaupun peruntukan tersedia.

Beliau mencadangkan Johan, Suriani dan KKDW mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang bagi menjelaskan isu itu dan mengelakkan kekeliruan mengenai peruntukan serta pelaksanaan projek.

Mengulas lanjut, Puad mempersoalkan sama ada Suriani mempunyai kuasa lebih besar daripada menteri sehingga boleh mengarahkan pembatalan projek yang sudah mempunyai peruntukan.

Beliau turut menyifatkan pendedahan Zahid secara terbuka di Parlimen sebagai sesuatu yang luar biasa, terutama kerana isu itu membabitkan hubungan antara menteri dengan pegawai tertinggi kementeriannya.

Menurutnya, isu berkenaan juga mengingatkan kepada percanggahan terdahulu antara Zahid dengan Johan berhubung peruntukan dan pembayaran projek pembangunan luar bandar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.